Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) = Wilayah Pembangunan Singapura?

(Part 1)

Saya terpanggil untuk meneroka lebih mendalam tentang Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) atau Iskandar Development Region (IDR) setelah kerajaan beria-ia sangat untuk melaksanakan dalam masa terdekat ini. Bukan apa, sebagai penduduk yang akan menerima tempias pembangunan WPI, saya rasa perlu untuk mempunyai ilmu dan faham tentang apa yang bakal berlaku kerana kerajaan tidak memberi gambaran yang jelas dan tepat tentang kesannya kepada rakyat terutama penduduk yang tinggal di Johor Bahru dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Dalam surat khabar cuma kata pembangunan ini akan menguntungkan penduduk setempat khususnya orang Melayu. Tapi macamana ia menguntungkan tidak jumpa pulak huraiannya. Atas dasar itu, kajian yang tidak seberapa ini mungkin dapat membuka mata ramai tentang kesan dan akibat WPI kepada penduduk khususnya diri saya.

Saya akan huraikan kajian saya ini dalam bentuk soalan supaya dapat difikirkan bersama dan mudah difahami oleh orang kampung mungkin tanah mereka akan diambil dan terpaksa dipindahkan ke kawasan lain atas dasar memberi laluan kepada pembangunan di negara tercinta.


Apakah Wilayah Pembangunan Iskandar?

Cara termudah untuk dapatkan maklumat tentang WPI ialah melalui website WPI (www.wpi.com.my). Di dalam website ini terdapat brosur tentang WPI yang boleh didownload untuk dibaca. Cuma masalah disini maklumatnya agak terhad kerana maklumatnya ringkas dan tidak terperinci. Oleh itu saya cuba memahami serba sedikit apa yang diterangkan daripada brosur ini.

brosur-wpi.jpg

Muat turun brosur WPI di sini.(sila simpan dalam komputer, takut hilang nanti)

 

Berikut adalah petikan ucapan PM dalam brosur tersebut:

 

Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) adalah pelan jangka panjang kerajaan saya untuk mengubah lanskap Johor Selatan menjadi kawasan pembangunan yang premier. Apabila siap sepenuhnya pada 2025, WPI yang keluasannya tiga kali saiz Singapura akan menjadi sebuah metropolis yang serba moden, dengan tiga juta penduduk serta menawarkan taraf kehidupan antara yang terbaik di rantau ini. Pada waktu itu, WPI akan memiliki pelbagai produk pelancongan, tapak untuk seni bina yang masyhur, penginapan idaman di pesisir pantai, sektor perkhidmatan, kewangan yang berdaya maju dan sistem pengangkutan bersepadu sepenuhnya.

Perancangan ke arah menjadikan wawasan itu sebagai kenyataan sudah pun bermula. Kerajaan saya juga sudah mengumumkan pelbagai insentif, termasuk potongan cukai bagi beberapa industri perkhidmatan terpilih, selain membenarkan pelabur mendapatkan sumber manusia untuk industri itu dari serata dunia. Kami juga melonggarkan syarat berhubung pemilikan asing dalam sektor terpilih. Untuk merancakkan pelaksanaan wilayah itu, kerajaan juga menubuhkan sebuah badan kawal selia bagi menjadikan urusan perniagaan dan pelaburan di WPI, satu pengalaman yang menyenangkan.

Ada banyak faktor mengapa Iskandar adalah syurga untuk pelaburan. Dari segi geografinya, ia terletak di antara India dan China iaitu dua gergasi baru ekonomi yang menawarkan pasaran yang besar, kos perniagaan yang lebih murah berbanding pesaing di rantau ini, selain sistem perundangannya yang mudah. Iskandar juga dihubungkan dengan dunia luar melalui tiga pelabuhan utamanya, dua lapangan terbang antarabangsa dan rangkaian lebuh raya yang canggih serta mesra pengguna. Sejak pelancarannya akhir 2006, lebih 1,000 pelabur dari Malaysia, Singapura, Timur Tengah, China, India dan Amerika Syarikat sudah meninjau peluang di Iskandar. Malah, ramai daripada mereka menyatakan minat untuk melabur di situ.

Dianugerahkan dengan hutan hujan tertua dunia, paya bakau, pulau-pulau yang indah dan pesisir pantai yang panjang, Iskandar akan menjadi model untuk pembangunan mapan dan mesra alam. Untuk itu, perancangan yang rapi dan berhati-hati telah dilakukan bagi memastikan WPI menjadi kawasan pertumbuhan paling pesat di rantau ini menjelang 2025.

Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi

 

 

Antara persoalan yang bermain difikiran:

1. Apa itu pembangunan premier?

2. Untuk siapa metropolis yang serba moden, senibina yang masyhur, penginapan idaman di pesisir pantai?

3. kenapa perlu dilonggarkan syarat pemilikan asing?

4. syurga pelaburan untuk siapa?

5. betulke kat JB ni ada hutan hujan tertua di dunia?

 

 

Untuk lebih mudah faham dan maklumat lanjut boleh rujuk maklumat yang terdapat di dalam wikipedia disini.

 

 

 

 

Kawasan manakah yang bakal terlibat dengan WPI?

map-development.jpg

(sila rujuk brosur untuk lebih jelas)

Ini adalah kawasan yang terlibat dengan WPI. Sekali imbas dah macam sebahagian pembesaran Singapura. Senang tak payah susah-susah gali pasir. Beli tanah dengan pemimpin-pemimpin Malaysia aje. Murah dan Mudah. Kawasan yang terlibat adalah sampai ke Majlis Perbandaran Kulai (termasuklah rumah Mawi di Felda Taib Andak. Jangan rumah Mawi pun kena ambik sudah le), Pasir Gudang dan Pontian.


Kenapa sumber maklumat di dalam website hanya disediakan dalam bahasa Inggeris?

Yang saya memusykilkan ialah kenapa website www.wpi.com.my, www.idr.com.my, www.irda.com.my, dan www.sjer.com.my menggunakan website yang sama sedangkan semua ini menjalankan fungsi yang berbeza.

Yang keduanya kenapa semua website menerangkan tentang WPI ini dalam bahasa Inggeris sedangkan yang akan membaca dan yang paling ramai terlibat adalah dikalangan orang Melayu. Tidak bolehkah sediakan satu website dalam bahasa Melayu supaya mudah penduduk boleh baca dan faham.

Juga tiada satu badan atau orang perseorangan yang datang ke balai raya atau ke ke kampung-kampung untuk terangkan tentang WPI hingga ke peringkat akar umbi. Apa salahnya menyediakan satu badan bertindak untuk menerima input penduduk setempat di kawasan terlibat. Ajak la orang Kampung Pasir, Kampung Melayu dan yang sewaktu dengannya sebagai wakil setempat.


Adakah penduduk boleh menghalang jika tanah mereka diambil bagi tujuan pembangunan?

Jawapan bagi persoalan di atas ialah rakyat tidak boleh menghalang pengambilan balik tanah bagi kegunaan persekutuan sebagaimana terkandung dalam Akta Pengambilan Balik Tanah 1960. Kerajaan Persekutuan boleh mengambil tanah melalui kerajaan negeri kerana urusan tanah dibawah bidang kuasa negeri. Yang akan meluluskan ialah exco negeri yang terdiri dari ADUN atau wakil rakyat yang dipilih oleh kita rakyat malaysia yang mengundi dia dengan diketuai oleh Menteri Besar (di Johor Ghani Othman la).

Penduduk cuma boleh merundingkan jumlah pampasan yang boleh diterima sahaja. Maklumat lanjut sila buka buku akta ni yang boleh dibeli di kedai buku di Angsana atau kedai-kedai buku bahagian undang-undang.

 

Persoalannya, adilkah tanah datuk nenek kita diambil dan dijual kepada orang Singapura?

 

Kenapa WPI dikatakan menguntungkan Singapura?

“Wawasan Malaysia untuk selatan Johor adalah cemerlang…”

Chua Lee Hoon, Pengarang Review, 2 Jun 2007, The Straits Times, Singapore

“Dengan adanya Iskandar, kita boleh mengalihkan perniagaan yang tidak akan menguntungkan di Singapura – kerana masalah kekurangan tanah dan pelbagai halangan lain – tapi menguntungkan jika dilakukan di selatan Johor”

Manu Bhashkaran, Felo Kanan Penyelidikan, Partner and Member of the Board, Centennial Group Inc. 5 Mei 2007,

The Straits Times, Singapore

Ini adalah 2 petikan komen daripada brosur yang didownload dari website yang disebut di atas. Rasanya dah boleh faham macamana faedah kepada Singapura. Dah tak laku kat tempat dia baru nak buang kat Johor.


Rakyat Singapura bakal untung sebab mereka boleh beli rumah, pejabat atau hotel yang dibina di atas tanah orang Malaysia yang diambil kerana harga yang murah jika dibandingkan dengan harga di Singapura. Cuba kita lihat sama-sama di sini. Harga sebuah rumah flat di Singapura ialah dalam lingkungan SGD200,000 (RM 460,000) hingga SGD 700,000 (RM 1.6 juta) www.hdb.gov.sg

Statistik Harga Rumah di Singapura

TOWN

3-ROOM

4-ROOM

5-ROOM

EXECUTIVE

ANG MO KIO

$203,000

$307,000

$423,000

$550,000*

BEDOK

$193,000

$257,000

$400,000

$440,000*

BISHAN

$238,000*

$340,500

$480,000

$568,000*

BUKIT BATOK

$183,000

$305,000

$430,000

$431,800

BUKIT MERAH

$230,000

$428,000

$573,000

-

BUKIT PANJANG

$178,000

$249,000

$319,000

$400,000*

BUKIT TIMAH

$255,000*

$380,000*

$440,000*

$638,500*

CHOA CHU KANG

$169,800

$253,000

$313,000

$380,000

CLEMENTI

$210,000

$335,000

$484,500

$600,000*

GEYLANG

$185,000

$271,500

$435,000*

$410,100*

HOUGANG

$184,000

$263,000

$349,000

$416,000

JURONG EAST

$190,800

$267,000

$390,000

$490,000*

JURONG WEST

$170,000

$242,000

$315,000

$360,000

KALLANG/WHAMPOA

$212,000

$353,000

$461,500

$522,500*

PASIR RIS

-

$275,500

$340,500

$455,000

PUNGGOL

-

$293,000

$358,000

$410,000*

QUEENSTOWN

$220,000

$425,000

$591,000

$757,500*

SEMBAWANG

-

$257,500

$308,000

$365,000*

SENGKANG

-

$281,000

$334,000

$421,300

SERANGOON

$187,000

$275,500

$350,000

$424,000*

TAMPINES

$222,000

$293,000

$350,000

$446,000

WOODLANDS

$161,300

$248,000

$300,000

$380,200

OVERALL

$197,000

$273,000

$340,000

$415,000

                                        (Sumber: www.hdb.gov.sg)

Berapa ramai orang Malaysia boleh beli rumah harga macam tu jika dibuat dikawasan WPI? Bos tempat saya kerja pun belum tentu boleh beli rumah harga macam ni. Rumah banglo di Johor pun tak sampai RM500 ribu. Rumah teres setingkat kos sederhana (RM100,000 hingga RM 200,000) untuk duduk sendiri di JB pun belum mampu dibeli oleh orang yang duduk di JB, inikan pula harta tanah berharga ratusan ribu ringgit.


Menurut program kerajaan dalam Malaysia My Second Home Programme (www.mm2h.gov.my), penduduk asing boleh beli harta tanah di Malaysia yang berharga lebih RM 250,000 (SGD 109,000-murahnya bagi orang Singapura). Rumah kedai atau ruang pejabat di Malaysia lebih mahal dari harga rumah tetapi jauh lagi murah jika dibandingkan dengan harga di Singapura.


Jika saya orang Singapura amatlah beruntung kerana harta tanah serta barang keperluan boleh dibeli pada harga yang amat murah dan kekal menjadi hakmilik saya dan keturunan saya selama saya tidak menjual tanah tersebut.


Persoalannya ialah apa yang akan berlaku jika separuh kawasan WPI ni dibeli oleh orang Singapura?

Maka WPI ni jadi hakmilik Singapura lah. Orang Malaysia hanya boleh melawat kawasan-kawasan menarik di tepi Pantai Lido untuk makan steamboat. Lepas tu balik ke rumah di kawasan kampung nun jauh di Kulai atau Pekan Nenas, Pontian.


Persoalan yang masih perlu diterokai:

Masih terdapat banyak lagi persoalan yang belum terjawab. Mungkin dilain kali kita bertemu lagi. Masih boleh difikir-fikirkan bersama wahai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum kerana WPI melibatkan kepentingan semua kaum yang duduk di Johor khususnya. Antaranya:

  • Tak cukupkah pembangunan di Johor Bahru sekarang ini?
  • Kenapa tidak dibangunkan kawasan belum membangun di tempat lain?
  • Mampukah orang Johor bergerak selari dengan pembangunan yang drastik ini?
  • Tidak cukupkah dengan kesan kenaikan harga barang akibat ramai orang Singapura membeli belah di Johor Bahru?
  • Kenapa tidak dibuat satu jambatan baru yang mudah orang Singapura dan Malaysia menjalankan urusniaga di kedua-dua negara?
  • Jika berlaku pengambilan tanah, dimanakah penduduk akan menggantikan tanah tersebut untuk tinggal? Berapa harganya?
  • Siapakah pemilik syarikat pemaju dan syarikat-syarikat utama yang terlibat dalam WPI? Boleh rujuk di sini.
  • Kenapa pulak Robert Kuok (orang terkaya di Malaysia) ada dalam Majlis Penasihat WPI?
  • Jika WPI akan menjadi lambakan penduduk Singapura apa yang bakal berlaku seterusnya? Harga barang keperluan? Kuasa beli?
  • Adakah kita sebagai anti pembangunan jika mempersoalkan WPI?
  • Siapakah yang merancang pembangunan WPI? Adakah orang tempatan JB terlibat atau orang yang duduk di KL merancang di atas kertas sahaja?
  • Kenapa tiada satu badan berfungsi menyalurkan maklumat dengan jelas kepada kepada rakyat Johor?
  • Apa yang bakal berlaku kepada Kampung Melayu, Kampung Pasir, kampung Skudai Kanan, Kampung Majidee dan kampung-kampung lain yang sewaktu dengannya?
  • Mampukah anak generasi kita menghadapi pembangunan yang pesat ini? Apa persediaan kita untuk itu?
  • Dimana saluran untuk penduduk dan rakyat memberi idea dan pandangan tentang WPI?
  • Jika WPI ini ‘berjaya’, adakah koridor-koridor lain pun akan dibuat benda yang sama?
  • Dan banyak lagi persoalan yang bakal muncul…….memerlukan jawapan….di dunia dan akhirat.


Semoga maklumat yang tidak seberapa ini mampu membuka mata pemimpin-pemimpin kita semua. Jangan hanya menyokong dan meluluskan sahaja semua yang dibentangkan. Guna akal yang waras dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat untuk menjaga kepentingan rakyat sebab nanti setiap pemimpin akan disoal atas apa yang dipimpimnya selepas mati kelak. Selamat berkoridor…

 

Yang benar,

Orang Johor Lama

* Saya harap tulisan saya ini dapat disebarkan kepada ramai terutama pemimpin-pemimpin kita supaya mereka faham dan sedar apa yang berlaku dan bakal berlaku terutama kepada penduduk di kawasan WPI. Tulisan ini adalah untuk menjaga keharmonian semua kaum yang baru mengorak langkah ke arah kehidupan bersama yang aman sejahtera. Saya terlalu sayang untuk melihat keharmonian antara kaum ini dihancurkan oleh tangan-tangan yang tamak haloba.

“Aku tidak kaya, tetapi aku tidak mahu mengemis di bumi sendiri.” – Rakyat Malaysia

  jika-ini-anak-anakku1.jpg

About these ads

Tags: , , , , ,

48 Responses to “Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) = Wilayah Pembangunan Singapura?”

  1. kmy Says:

    Satu pendedahan yang amat baik, untuk dibincangkan OLEH SELURUH RAKYAT MALAYSIA.

    Semua persoalan tersebut perlu dijawab.

    WPI ini diwujudkan dengan niat yang amat tidak baik sekali.

    Sesuatu harus dilakukan oleh Rakyat Malaysia Am nya, dan Rakyat Johor Khususnya.

    Lakukan sesuatu sebelum terlambat…..

    Kita merasai kebimbangan yg amat sangat yang cuba disampaikan disini.

  2. KakChik Says:

    Menarik! Sangat menarik. Saya dah baca habis tapi rasanya kena baca sekali lagi untuk intipatinya. Insya-Allah banyak yang boleh dibincangkan berkaitan WPI ini. W/pun saya di Kelantan dan WPI ini lebih melibatkan orang di Johor, saya tetap terasa kalau berlaku apa-apa yang buruk di sana. Diskusi kemudian ya.

  3. mMm Says:

    kpd sesape yg berkenaan, yg dpt merungkai wpi ni…kalau didapati akan membahayakn negara terutamanya rakyat johor diminta dpt berbuat sesuatu agar wpi x ddpt dilaksanakn…saya org johor..x nk tengok org johor mengemis d tpt sndr

  4. idzir Says:

    Baru kini ku faham apa WPI.

  5. Zakiah Aqilah Says:

    aku nie umor baru jek 19…
    tp xckop pn lg…
    tp sbb aku minat dgn pembangunan ngara.,…
    aku amek berat psl hal2 cmnie…
    sbbnyew kesan 2 akan lebih trase waktu generasi2 aku nie nti…
    perkara nie lah yg pling dtakuit skunk…
    lg lepas pru12 ari 2…
    aku nk kan mklumat lebeih psl bnde2 nie…

  6. orang skudai Says:

    bang,
    klu macam tu rumah saya pun kena jugak la. ish macamana ni? mana saya nak duduk? saya tak tahu menahu pun pasal ni?

    habih klu duduk jauh jenuh jugak klu nak pegi keje kat jb nun. apa patut kita buat??????

  7. Orang Bulan di Johor Says:

    Undilah Parti Barisan Nasional …………… ; ) Sokonglah UMNO pembela bangsa Melayu……….. : )

  8. MD. AZAM Says:

    Untuk Menguatkan Ekonomi sendiri & mengelakan inflasi
    Semua Orang Patut Menabung di Skim Unit Amanah CIMB ”

    Tambahkan & Gandakan Nilai Wang Simpanan anda dari hari ini
    Laburlah di Skim Unit Saham Amanah CIMB yang di iktiraf kerajaan Malaysia

    CIMB Unit Amanah & Unit Amanah Islamic

    Dengan anggaran kadar keuntungan 9% ~ 15% setiap tahun malah berpotensi hingga ke 20% ke 40% setahun

    3 Cara Anda boleh melabur :-
    1)Pelaburan Secara tunai Sekali Gus (lum sum) dari RM500 ke tiada limit…..
    2)Pengeluaran KWSP dari akaun 1
    3)Secara Simpanan tetap bulanan atau untuk pendidikan anak-anak melalui potongan Auto Debit dari Acct Bank, setiap bulan serendah RM100

    Layari http://www.cimb-wealthadvisors.com

    Untuk keterangan lanjut Hubungi saya :-

    MOHD AZAM BIN JAMLUS
    CIMB UTS Consultant
    019-7778170
    (Southern region)

    CIMB Wealth Advisors Berhad
    23&24A Jalan Harimau Tarum,
    Taman Century,
    80250 – Johor Bahru
    Mobile : 019-7778170
    Fax : 07-3324685
    Hotlines : 03-77183000 (Customer care)
    e-mail : azam@cimb-wealthadvisors.net
    Website : http://www.cimb-wealthadvisors.com

    KL Office :
    CIMB Wealth Advisors Berhad
    48 Jalan SS 21/39, Damansara Utama
    47400 Petaling Jaya. Selangor
    Fax: 03-74938623

  9. Tipulagi Says:

    Sejak dilancarkan WPI dan koridor2 lain, memang tidak ada apa-apa feadah untuk rakyat jelata. Yang mempunyai faedah adalah orang2 yang memang kaya untuk menambah kekayaan mereka.

    Perjalanan projek tersebut begitu kabur dan tidak difahami oleh rakyat jelata. Peruntukan berbilion ringgit ditaburkan tidak akan kembali kepada rakyat jelata khususnya penduduk kampung. Orang malaysia khusus Melayu akan tergadai tanah mereka tanpa mendapat tempat didalam WPI itu sendiri, melainkan tanah yang diambil digantikan secara percuma unit2 kedai/bangunan yang akan didirikan didalam WPI serta diberikan pampasan wang. Tapi ini tidak mungkin terjadi, yang akan jadi realiti, tanah diambil, dibayar pampasan yang tidak setimpal dengan harga yang akan melambung naik di WPI dan rakyat terpaksa duduk dihulu-hulu jauh dari pembangunan tersebut.

    Untuk mematikan pembangunan ini (bukan saya anti pembangunan) supaya maruah bangsa dan negara kita masih kekal hingga ke anak cucu, pada pandangan saya cukup mudah, turunkan pemerintah yang ada sekarang iaitu yang paling utama Dolah Badawi kerana dia dan kerajaan 3 beranak yang menjadi master mind dalam pembangunan WPI ini.

    Semoga kita tidak akan memberi kerja mudah untuk singapura memperbesarkan wilayah mereka sewenang-wenangnya. Penat pemimpin2 dahulu memikirkan pertahanan seperti kem majidi untuk mempertahankan tanah air Malaysia tercinta ini dr dijajah singapura dans ekutu nya AS, tetapi kerana tamakkan kuasa dan harta sanggup kerajaan 3 beranak itu menggadaikan tanah kita pada singapura.

  10. hussen Says:

    aku betul2 tak setujulah. Mane ade negara lain buat macam tu. Kite ni semata2 nk cepat maju dan nk untungkan segelintir pemaju2 lain habis sanggup nk jual tanah dekat orang asing. Rakyat Johor perlulah fikir masak2 jgnlah sampai tergadai tanah. You all tengok isu pekerja asing apa dh jadi dengan negara kita, badan kehakiman dn macam2 lagi…yg untung hanya segelintirjeee…..fikir2kanlah

  11. hailed to johorean :p Says:

    aku difahamkan ni baru part 1..baca part ni pun dh cuak.. alahai, apalaa nasib negara kita ni. diharapkan lepas ni ada lg pembongkaran yg lebih mengejutkan…thanks bro!..anyway,

    here’s a good slogan, “maju johor, maju singapore”…

    hailed to johorean :p

  12. hikmat Says:

    tq utk information ni
    aku rase ramai lg org bahkan org johor sendiri x jelas @ x paham dgn wpi ni..
    meh kite sumer pahami implikasi pelaksanaan wpi ni bsame2.jgn smpai tergadai tanah kite kat org asing

  13. twotimesfive Says:

    Orang Komen aku pun nak komen…..ni cerita pasal WPI aje..ape pulak cerita pasal Eastern Corridor, Northern Corridor (Masih Jalan lagi ke idak), Sabah Corridor n Serawak Corridor? Saya rasa ..puak puak dan juak juak tu juga yang sapu….Macam Eastern Corridor..finance by Petronas but contractor agak agak sape yek ..mungkin Patrick, Vincent, Yeoh and the geng. Lepas tu semua perkerja buruh asing…indon la, viatnam la, Myamar la…Orang kita gak dok rumah buruk tak de tanah merempat di bumi sendiri…dan dah sah duit Petronas akan di guna dengan mudah kerana PERDANA MENTERI mempunyai kuasa mutlah ke atas Petronas (Hasil usaha parlimen di zaman Tun Mahathir semasa krisis Bank Bumiputra yang meluluskanya)….wasallam

  14. asha Says:

    hai..saya bukan orang jb tapi sy belajar di jb..as far as i’m concern..projek ni dah berjalan kat sini..tapi still tak nampak perubahan lagi..betul seperti pe yang di cakap..wpi memang akan terlalu banyak menguntungkan orang luar especially singapore..at this moment pon orang2 singapore pon dah banyak susahkan orang kite..tak payah pegi jauh sampai singapore..cukuplah juz duduk kat cs @ tgah2 bandar jb tue n kiter tengok sendiri macam maner orang singapore tunjuk lagak depan orang malaysia dalam negara malaysia sendiri..bawak kete taknak macam setan plak..klu tengok driver yang kurang ajar @ tak pandai hormat peggun jln raya laen…mostly plat no singapore…tengok dorang shoping…1 jb tue klu bleh dorang nak borong..tapi yng paling tak tahan..de pernah 1 case aku kena kat surau cs..de makcik tue tak puas ati ngan sorang dak pmpuan malaysia..die bley sound “ha,nielah remaja2 malaysia..tak bertamadun!” hati panas jer..banyaklah kalau nak mengumpat pasal dorang ni..tak menyumbang per2 pade negara pon..so buat pe kite yang susah ni lagi nk menyenangkan dorang yang dah senang..tambah lagi after wpi nie..if dorang dapat tawan johor nie, tak mustahil dorang akan dapat juga pemerintahan malaysia satu hari nanti.waktu tue mungkin generasi kite akan sekali lagi merasa zaman nenek moyang kita mengemis di negara sendiri seperti yang berlaku waktu zaman sebelum merdeka dulu..
    kiter sebagai rakyat tak bleh ok diam je..patut suarakan pada mereka yang spatutnyer..apa guna kita lantik wakil rakyat..adun..menteri besar..klu dorang tak boleh nak mewakili kita suarakan hati kita..politik zaman sekarang..banyak yang topeng semata2..pokok pangkalnyer, pemimpin jugak sebenarnya yang bukak mata..jangak buta dengan harta dunia..jadi pada yang concern tentang keamnan malaysia..suarakanlah rasa tak puas hati pada pemimpin terdekat anda..mungkin ada sesuatu yang boleh dilakukan..sedarlah dan berubahlah untuk masa depan..

  15. RiZQ ZaC Says:

    thanx’s bro 4 info.. tak lupe juga pd smua yg terlibat memberi idea dan pandangan dlm kes WPI ini, w’laupun aku bkn anak Johor..ttp aku anak MALAYSIA…ape nak jadi ni?

    adakah PEMIMPIN2 UMNO sedang/telah diBODOH n BAHLOLkan oleh PEMIMPIN2 S’Pore? lagi2 PEMIMPIN2 di JOHOR itu sendiri!! snggupkah anda menjual maruah nenek moyang anda yg berkorban keringgat dan darah utk memakmurkn JOHOR? dgn mengadaikan TANAH PUSAKAN atas tiket PEMBANGUNAN? hanya kerana anda dijanjikn dgn GULA2 dan Manisan…ape lg yg tinggal utk generasi anda?

    kalo kita tgk2 kan diM’sia ni dh jadi TREND benda KECIK telan benda BESAR like Southern Bank telan Bank Bumi lps tu kena telan lg kat CIMB..sape smua dkt belakang ni? (Pemimpin2 POLITIK n Kroni2/juak2 PM/TPM) dari segi logik akal n lumrah kehidupan Boleh ke Ikan Tuna telan Dolphin? Kes Kem Pertahanan Beli Kelengkapan Senjata (konon2 nya nk menaikkn taraf Kem.Pertahanan sebaris dgn S’pore) sepatutnya ‘Deal’ ni antara Gov 2 Gov bknnyer Gov 2 Proxy to Proxy 2 Gov….brp kali la dia org nk Lipat n MAKAN harta Rakyat M’sia ni? ape pulak releven nyer Slogan Malaysia BOLEH !!! kalau smua benda kita (pemimpni2 diatas) BOLEH’kan (Halalkan n pejam sebelah mata) SMUA DKT ATAS MAIN WAYANG…mengalahkn FILEM TAMIL zaman 60’an… PIRAHHHHH…..

  16. RiZQ ZaC Says:

    come on wake up..skrg ni dunia 5th wave…ISLAM akan KEMBALI menerangi BUMI ALLAH s.w.t.. itu JANJI ALLAH siapa yg berani MELAWAN? adakah ingin masuk dlm Golongan yg RUGI atau bersama2 dgn golongan yg diberi petunjuk @ sekurang2 nya pejuang/TENTARA ALLAH!! yang telah PASTI diJANJIkan tempatnya dlm AL-Quran.. ape yg kita nk RAGUkn Lagi dgn JANJI ALLAH? AL-Quran telah menceritakn Segala2 nya bermula dr diciptakn Bumi sehinggakn Hari Sengkakala ditiup..dan dibangkitkn kembali…Sedarlah wahai Pemimpin Dunia kerana ANDA semua adalah Barisan Hadapan yg akan Menghadap ALLAH AZZAWAJA’LA…janji Allah w’pun sebesar ZARAH….Ape itu ZARAH..? Ko’Rang PK2 lah sendiri… mungkin anda HEBAT mengumpul HARTA DUNIA? tetapi TOLONG INGAT @ SIMPAN 1 benda ni je dlm Kepala O-Tak korang tu…? mcm mane nak menghadapi SAKARATUL MAUT? perit, pedih, azab, dahaga….smp NABI MUHAMMAD s.a.w pun minta ALLAH timpakn Semua AZAB itu kpdNYA kerana Beliau sayangkan UMAT nya… Siapa UMAT nyerr…?? korang PK2 kan Lah….

    p/s : dptkn seberapa byk maklumat semasa ‘alternatif’ kerana Media Massa perdana telah dimonopoli oleh Yahudi di US dan juga diM’sia…’oleh Melayu ‘ISLAM’ konon2..yg menyekat sumber ILMU yg benar smp kpd kita.

    tuntutlah (ILMU Dunia dan AKHIRAT) utk diri anda/kwn/keluarga dan generasi kita yg akan datang…kerana kita KHALIFAH yg diamanahkn dan semestinya akan di SOAL bila kembali mengadap PENCIPTA…

    kerana Hati manusia dibentuk oleh 2 benda 1. BUKU (ILMU) ape yg kita baca dan 2. dgn sape kita berkawan…

  17. cintaijb Says:

    Thanx a lots for the info n effort from you. biar ramai lagik yang akan bukak mata pasal wpi. bukan lah namanyer anti pembangunan sbb bentangkan isu wpi secara terbuka, cuma kita nk tgk apa kesan dia.. btol ke rakyat nkkan pembangunan?takan sampai nak tergadai negeri? i personally suka johor walaupon saya bukan orang johor maybe kesan dr belaja di sana bertahun2.

    Sebagai rakyat malaysia yang mahu semua orang tau pasal wpi, saya dah forwardkan link awak nie pada seme kawan2, keluarga dan sapa sahaja yang perlu dan diharapkan mereka juga lakukan benda yang sama iaitu hebahkan maklumat wpi nie kepda yang lain2.

    thanx a lots brooo!!!

  18. Admin Pas Bakri Says:

    Salam Perjuangan, semoga inisiatif sahabat ini dapat dimanafaatkan oleh orang ramai yang dahagakan sumber maklumat alternatif. Bagi pihak admin Pas Bakri, amat mengalu-alukan webblog ini dan akan link dengan web Pas Bakri. Juga kami mengalu-alukan sebarang artikel untuk dimasukkan ke dalam web Pas Bakri.
    http://pasbakri.blogspot.com

  19. Budak Kg.Pulai Says:

    Wilayah Pembangunan Iskandar……entahlah…kampong gua betul betul dalam kawasan WPI….kusut kalau fikir….air sungai Kg Pulai dah jadik macam warna teh tarik….nelayan nak cari makan pun dah susah.Dulu kalau cari udang galah, satu malam satu sampan pun bolih.Apa yang kerajaan dah bantu pada nelayan nelayan ni ?….entah lah.Kejadian pecah rumah jangan nak cerita, sampai ketua kampong pun cedera kena belasah olih perompak, Malaysia Trully Asia….macam macam warga asing ada disini.Apa yang kerajaan dah bantu dengan masaalah ini?…..entahlah.Kemajuan di kampong tetap macam tu, langsung tak berubah, simpang masuk kampong dah kena tutup, terpaksa lalu kawasan projek…entahlah.Keliling kampong dah ada highway dan akan bertambah, jalan dalam kampongn tetap berlubang lubang…..entahlah. Kilang kilang baru tumboh ditepi kampong macam cendawan dan kampong pun dah bersempadan dengan kawasan perumahan mewah dengan banglow besar besar yang dikendalikan olih SP Setia…..entahlah.Nasib orang kampong tetap tak berubah dan terbela dan kampong tetap daif…entahlah.Tak nampak apa orang kampong nya yang 100% nya keturunan melayu dapat dengan pembangunan ini.Orang kampong masih tidak diberitahu olih pihak kerajaan akan masa depan kawasan mereka, hendak dibangun kan atau tidak….entahlah.Yang pasti gua tetap kena pergi ke laut untuk menceduk udang untuk simpan duit, mana lah tahu kot kot PKR menang pilihanraya akan datang….bolih gua mintak tanah sekangkang kera untuk gua tanam cendawan dan export ke Singapura….kan modal dah ada……entahlah.

  20. noone Says:

    Saudara, boleh tak tolong confirmkan betulkah ada undang2 pasal kekebalan pentadbir di WPI? anyway saya rasa biarkanlah ruangan komen ini tak di moderate kan. nak tgk sikit apa komen2 yg support WPI. apa point2 ‘bijak’ diorang?

  21. suraya Says:

    negeri kita kecik je….skrg atau masa hadapan…terpaksa juga tambah bangunan ..biar org kata kita bodoh tapi tak JAHIL…helo beb JEPUn yg serba maju pun tak lupa adat…org melayu mcm korang tue tak sedar diri…henti2kan le mengumpat cari salah org…helo beb RM 100juta ladang ternak BABI di SElangor…ape org melayu pun mkn babi ape?MElaka N.9 dah berpuluh ribu..

    Kiranya org PKR nie rasa lebih baik ternak BABI dari pembangunan…kuatkan le jati diri agar korang tak terpesong.

  22. kamal TPM Says:

    Cik Suraya,

    Tahu pun negara kita kecik, so kalau nak tambah bangunan pun jgn sampai negara kene dijajah balik, kita membincangkan tentang masa depan MELAYU itu sendiri, yg ko gi citer pasal babi apsal pulak. Kita tumpukan pembangunan masa depan MELAYU dimalaysia khusus di johor bukannya pembangunan yang mengkayakan bangsa yang mmg dah kaya (singapore).

  23. Budak Kg.Pulai Says:

    Cik Suraya,

    Relek sis…pro skit….apsal timbul cerita babi plak…Lu tau tak, gua punya kampong kalau hujan, bau busuk babi ni menusuk ke hidung.Lu tau tak, dulu berapa banyak kandang babi kat tepi kampong gua, area jalan ke Pekan Nenas.Nasib baik JE melanda, kalau tak, tumbuh cam cendawan.Tanya skit….Sapa bagi lesen? Dah tentu kerajaan negeri, bangsa dia orang ada hak ternak babi, pasal dia orang pun rakyat Malaysia.Ugama islam tak larang CINA kafir makan babi, so…apsal nak marah lak.Marah lah kat agensi kerajaan yang tak memantau alam sekitar yang bersangkut paut dengan kebersihan ternakan nie.Bagi lah idea yang bagus bagus skit, yang bolih menaik kan taraf bangsa MELAYU di kawasan WPI…suruh kerajaan motivate dah ajar orang kampong gua buat industri kecil cam perabut ke, boat fibre ke…ajar orang kampong gua masak seafood ke, jadi kan kampong gua kawasan makanan laut cam Kukup ke…ajar pertanian/ternak lembu dengan kawasan yang kecil cam Korea atau Jepun ke…atau jadikan kampong gua pusat kesenian MELAYU cam silat,zapin,kuda kepang ke…projek homestay ke…nanti ramai pelancong datang.Budaya pun tak pupus dan taraf hidup pun naik.Gua suggest je….apa pun gua tetap se orang nelayan.Nak rasa asam pedas ikan sembilang contact lah gua…datang lah ke Gelang Patah.

  24. Otai Kempas Says:

    Relaksla bawak bertenang jgn panik tu semua ada pro dan kontranye kite tak boleh suka2 buat andaian yg belum pasti kebenarannye.Hidup kat dunia ni perlu ada perubahan sampai bile kita nak mcm ni je jalan mesti ke depan bukan ke belakang.Kerajaan kita bukan bodoh cuma kita ni perlu bukakan mata luaskan minda berusaha untuk tingkatkan taraf hidup sebab peluang dah ada depan mata terpulang pada korang je sama ada nak atau tak.Kalau korang berfikiran sempit macm ni smpai bila la nak maju sebab pembangunan tu untk semua kaum, bangsa dan agama tanpa sempadan khasnye buat warga kota JB dan sekitarnye pandai-pandaila korang rebut peluang tu ye…

  25. Asrol Says:

    Salam.. Harap kerajaan Negeri Johor fikirkan dalam² pasal WPI nie. Klu kaji betul², rakyat singapore yang untung besar sebab diorang dah lame tunggu peluang nie. Maklumlah tempat diorang tanah tak cukup. Johor memang untung berbilion² sebab tarik pelabur datang. Tapi harus fikirkan hal yang paling PENTING iaitu tanah-tanah di negeri johor akan hangus dalam projek WPI nie. Mungkin menteri-menteri tak kisah kalau johor nie penuh dengan rakyat singapore asalkan dapat untung berbilion-bilion. Apala nasib rakyat Johor…………….

  26. Subzero Says:

    Taniah & syabas………xder isu lain ker nak diperkatakan…………adakah nie satu lagi propagadan Perikatan nak ketengahkan……….Dah la masa zaman khir toyo dia org kuarkan isu babee haram…..lepas dapt selangor dia org duk sambung projek tu wat aper?ke PKR sekadar proksi DAP jer………politik-politik…………..alasan projek tu perlu diteruskan kerana M’sia negara majmuk……..Aduh……..mcm sebelum nie M’sia bkn negara majmuk ker?……….Nie isu WPI plks diketengahkan……..xkan la pemimpin kita bodoh sgt! Mesti la mereka ada MOU untuklaksanakan projek nie……Klu dulu putrajaya dikecam hebat ….shingga nak dijual …..tp sekarag nie naper ramai golongan2 anti kerjaan yg beriya2 nak keje kat putrajaya? sbb nak dapt duduk kuaters……sampai bila kita nak hidup bersabsidi jer!!!!!!Klu buat Pusat Babi tu saper yg untug?Adakah org islam boleh kerja sebagai tukang sembeleh babi? Boleh ker org islam jadi engineer untuk jaga mesin2 yg canggih kat kilang tu?sapa yg akan monopoli Pusat tu? Sudah tentu la org DAP & sekutunya……..Klu betul tutup jer la semua kilang babee tu…. kita import jer dari luar…..alam tak tercemar….tanah x tergadai dan keperluan org bukan islam pun masih boleh di atasi?Jgn mudah mencari kelemahan org lain…..Anyway taniah dia atas kejayaan Perikatan menawan 5 negeri…….

  27. hAJI Says:

    INTERESTED TO KNOW THE DETAILS

  28. palestinian man Says:

    Israel dulu pun macam ni jugak…mula2 menumpang. lepas tu terus bertapak. ibu, bapa, anak, cucu kita semuanya sibuk dengan urusan masing2. lepas ni kita dah jadi macam palestin… baling batu kat org singapore. belajarlaa dari kesilapan dulu..

  29. Budak Kg.Pulai Says:

    Kalau tak plan betul, tak lama lagi Nusajaya jadi macam Penang, Melayu jadi minority.Bila Parliment Gelang Patah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat nanti, baru nak jaga Melayu…..terlambat!!!

  30. Buzzeer buzz BBU Says:

    erm…mmg since dolo lagi..singaporean jadikan msia amnya dan negeri johor khususnya sbg sasaran apb tanah negara mrk semakin tiada..dan kini perkara tersebut menjadi kenyataan dgn ujudnya pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri…well said….what goes around comes around…so kalo betul pkara ni…time tuh..baru lar msg2 y dok menyokong projek ni regrets…

  31. shythe Says:

    sangat menyedihkan bg penduduk Johor

  32. buntui Says:

    patutnya YB dan para MP perlu baca ni…kalau baca pun tentu diorang BUTA…nak LOBI la tu…

  33. hang tuah Says:

    pemimpin hari ini lebih mengutamakan pembangunan sahaja, tetapi pembangunan yang dibuat itu tidak dapat dikecapi oleh setiap rakyat terutamanya golongan miskin, ini lah lumbrah dunia, yang kaya akan terus kaya, yang yang ada kuasa boleh buat sesuka hati, jangan sampai melayu hilang bentuk di mubi sendiri..

  34. pian Says:

    kawasan parlimen yg paling teruk akan digondolkan adalah di kawasan parlimen pulai. sudah pasti YB dia adalah si nur jazlan iaitu antara YB yg terkaya di malaysia walau tak pegang jawatan dalam kabinet, beliau anak kepada si tok mat. masa bapak dia jadi YB, bapak dia antara YB yg paling malas nak melawat ke kawasannya. makin banyak tanah diambik makin kayalah si nur jazlan tu. yg peliknya di jb ni hanya tanah di kawasan melayu saja akan diambil. mungkin kalau ambil tanah di kawasan orang cina, yb di johor ini tak akan dapat komisen agaknya. inilah yb umno menjual bangsa,menghina bangsa,kaut harta bangsa,menghalau bangsa dan menipu bangsa. yg peliknya masa pilihan raya pandai buat taktik dengan menyuruh anak2 buahnya atau ketua2 bahagiannya cakap rakyat akan dapat manfaat yg melimpah,dapat peluang berniaga dan menjadi usahawan,peluang pekerjaan yg banyak,infrstruktur yg baik,struktur ekonomi yg berubah,johor berubah wajah,setiap rakyat akan dapat limpahan ekonomi,pendapatan naik berkali ganda dan macam2 kalau boleh cemerlang terbilang. dia punya yb dia pandai tak nak cakap sebab sudah di attack oleh pembangkang, jadi di suruh anak buahnya yg kebanyakan tua2 untuk menipu rakyat sbb boleh dipengaruhi untuk dipercayai. rakyat ditipu dan terpedaya yg kebanyakan orang miskin,orang tua dan tidak berpelajaran tinggi yg kebanyakan banyak mengharapkan bantuan. tapi janji kosong yg datang untuk mengaburi mata dan fikiran. wahai penduduk johor jadilah spt orang kedah yg tak semua berpelajaran dan ramai miskin tapi gunakan otak untuk berfikir dan memilih yg betul. tengok hak mereka terjaga dan tidak tergadai serta dipertahankan. sumber rezeki terjamin walau tak melimpah ruah tapi pertanian dan tanah terjaga.ekonomi seimbang,kebajikan terjaga dan hidup dalam keadaan baik dan sejahtera walau peruntukan wang kepada kedah disekat oleh BN tapi hidup mereka lebih tenang sebab dijaga pemimpin yg sederhana dan warak tidak spt umno yg palsu. orang jadi yb untuk membela rakyat dan mengambil tahu hal rakyat tapi yb pulai ni jadi yb untuk jadi ahli korporat dan businesman.sibuk jaga hal syarikat sahaja. rakyat dihina,dikata pendatang dan merempat,menghina orang miskin sbb dia kaya. masalah makin bertambah di pulai ni tak diselesaikan. kepada penduduk kawasan pulai dan johor sedarlah hak anda makin tergadai dan ditipu oleh bn. wpi itu hanya rekaan dan dogengan untuk rakyat johor di masa depan. ianya hanya akan memberi kesenangan kepada orang kanan umno saja dan kroni besar cina. melayu tergadai dan merempat tetapi nikmatnya dinikmati orang lain. lakukan perubahan untuk kita,anak dan cucu kita. jangan sampai melayu jadi kuli dan penonton yg boleh dihalau bila2 masa. jangan biarkan bn menzalimi kita, biarlah tidak sekaya spt bil gates, donald trump, tan sri robert, tan sri syed mokhtar namun hak kita terbela dan menjadi tuan di bumi tanah air sendiri.

  35. aku darah anak melayu Says:

    anak kecil main api
    terbakar hatinya yang sepi
    air mata darah bercampur keringat
    bumi dipijak milik orang
    nenek moyang kaya raya
    tergadai seluruh harta benda
    akibat sengketa sesamalah kita
    akan lekalah di akhir zaman
    kita jaga bumi kita ini
    warisan berkurun lamanya
    hasil mengalir ketangan yang lain
    dibumi merintih sepi
    (hayati lagu ne wahai anak melayu)

  36. aku darah anak melayu Says:

    cuba renungkan hari ke hari
    malapetaka disana-sini
    bencana datang dan jua
    tapi pastikan kembali lagi
    kita masih di awanga-awangan
    berkhayal dengan kemewahan
    hasil usaha peninggalan
    mereka yang telah kita lupakan
    janganlah kau berkata dunia hanya sementara
    untuk kau mundur dan leka
    buat selama-lamanya
    jangan nanti disuatu hari
    menyesali apa yang terjadi
    kerana engkau masih bermimpi
    disiang hari
    bangun orang timur
    bangun dari tidur..

  37. ridhwan Says:

    johor bakal jadi spt singapore town iaitu orang melayu hanya akan jadi minoriti akibat ketamakan pemimpin di johor ini. ketika itu barulah nak disebut ketuanan melayu,hak orang melayu,mengenai sejarah negara, siapa pendatang yg sebenarnya,mengatakan orang melayu lupa diri,perjuangan bangsa,kedaulatan raja2,perlembagaan,hak keistimewaan orang melayu dan lain2 lagi. yg mengatakan perkara itu termasuk pemimpin yg tamak,pentingkan diri dan keluarga mereka dan gadaikan hak milik bangsa. tengok dekat johor berapa banyak hartanah yg dikuasai orang melayu,hanya beberapa peratus sahaja itupun ada tanah orang melayu yg hendak diambil dan makin lama hanya tanah pemimpin umno sahaja yg kekal. hendak bagi hak tanah kepada orang melayu jangan cakaplah, ibarat meminta sedekah sahaja, orang yg meminta sedekah di tepi jalan pun orang simpati dan beri duit. tapi kerajaan kita ni hampeh, orang dia janji macam2 tapi hanya omongan kosong dan lihat apa yg sudah berlaku kini. tanah orang melayu diambil sedikit demi sedikit dan di mana mereka hendak mengadu nasib. kerajaan kita yg dikatakan membela nasib orang melayu, membina tamadun orang melayu,memperjuangkan orang melayu. adakah betul itu semua? saya tak mahu menjadi bangsa yg boleh ditipu dan digadaikan hanya kerana untuk memuaskan nafsu kemewahan pemimpin dan impian projek harta mereka,keluarga dan kroni2 mereka. saya akan memastikan perubahan itu dilakukan dan nasib saya,keluarga dan anak bangsa tidak tergadai. tak mengapa kalau saya tidak dapat menjadi spt bill gates,warren buffet,donald trump,tan sri robert kuok nien, tan sri ananda krishnan, tan sri syed mokhtar,tan sri azman hashim,datuk kamaluddin abdullah,datuk mohd nazir tun razak,datuk mohd nazim asalkan bangsa saya tidak tergadai dan terjaga. untuk orang melayu di johor sedarlah dan ingatlah hanya anda yg boleh pertahankan. lakukan perubahan untuk anak bangsa anda, jangan pentingkan diri sendiri tapi sama samalah kita maju bersama dengan bangsa kita sendiri. biarlah kita mati bersama sama nama melayu dan hidup bersama bangsa kita dalam keadaan yg harmoni dan sejahtera. amin

  38. akyu Says:

    aku konfeus la….mana 1 btl maner 1 x btol ni…kalu benar la WPI akan jd sparuh dari singaPORK…malu la kite kat org cina di malaysia ni sbb singaPORK di tadbir oleh org cina…ya ALLAH…jauh2 kan lah “bencana” ini…aku akan try pass page nih kay PAK LAH…

  39. akyu Says:

    kalau la WPI ni mencapai kejayaan, mari lah kita ramai2 pakat pindah ke WPI supaya kwsn tak dimonopoli oleh org singapork…ramai lah kita bukak bisness bsr2 kat sana..

  40. Teruna Ulu Pulai Says:

    Pembangunan itu penting untuk menjadi orang yang bertamadun.Cuma pembangunan itu perlu diukur dengan size bangsa kita. kerajaan perlu mengkaji dan membuat soalselidik daripada penguni kawasan WPI supaya input2 itu boleh digunakan bagi perancangan pembangunan WPI. Jangan hanya mendengar nasihat dari pakar pakar yang hanya untuk mencari keuntungan untuk diri sendiri. Kalau bina rumah kita pastikan melayu yang akan mendudukinya, bina kilang melayu jadi tuanya jangan apa yang berlaku sekarang hanya memikirkan keuntungan syarikat yang membangunkanya. saya cadangan satu kawasan estate perumahan dan kawasan bandar serta industeri bagi orang melayu sahaja di kawasan tersebut dibina bagi mengimbangi kaun dikawasan tersebut dan melayu nampak tidak bertaburan dalam pembangunan WPI. Wahai pemimpin pemimpin ku fikirkan lah masa depan anak bangsa mu.

  41. ajib Says:

    askm……
    aku duk jb tp keja kat kl, wpi ni bgs 4 pembngunan m’sia n johor gak…
    wpi ni sebenar yer sama ngan pembangunan di hong kong…hong kong dl pn x semaju skrg sbb ade yer negara yg maju sprt china n taiwan disekeliling yer, hong kong dapat faedah dari kegiatan ekonomi dari dua nagara ni…
    hong kong menjadi tumpuan sbb kepadatan ekonomi di china n taiwan menyebab kan diorg menjadikan hong kong sebagai kegiatan ekonomi yg baru…sekarang hong kong jadi lebih maju dr segi ekonomi n pembangunan serta pelabuhan tg tersebuk didunia…kita patut sokong wpi…

  42. haziqah nasirah Says:

    salam. saya Haziqah, pelajar tahun akhir jurusan Hubungan Antarabangsa di UMS. untuk tugasan tesis, saya memilih tajuk ISKANDAR MALAYSIA DARI PERSPEKTIF KESELAMATAN. salah satu sebabnya kerana tanggungjawab dan kesedaran sebagai ANAK JOHOR. Johor tidak bisa kehilangan MARUAH dan HAK lagi.

    saya perlu berhubung dengan ADMIN blog ini dan sesiapa yang punya maklumat atau berminat dengan isu Iskandar (WPI) ini. email: haziqahnasirah@yahoo.com atau blog tesis saya yang sedang dibangunkan: haziqahnasirah.wordpress.com

    kerjasama dan bantuan dari saudara-saudari amat saya hargai.

  43. anizaha Says:

    ya ALLAH……….jauhkanlah kami dari dijajah lagi…selamatkan JOHOR….

  44. rambo 7 Says:

    salam,

    pulau batu putih dah dapat ke singapura.
    WPI pun dapat ke singapura juga, nanti
    orang johor, bangun lah dari tidur, janganlah buta hati.

  45. rambo 7 Says:

    orang johor, bangunlah dari tidur

  46. AFIF Says:

    WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR MALAYSIA BOLEH DIBUAT KAN JB DAN KWSN PERSEKITARAN…..DENGAN SYARAT JANGAN AMBIL TANAH MILIK KITA SENDIRI….APA SALAHNYA KLU JB NAK MAJU….LAGIPUN MASA SEKARANG NI EKONOMI DAH MELESET DISEBABKAN KEGAWATAN EKONOMI DI AMERIKA SYARIKAT…..KLU BEGANTUNG KAN JOHOR SALAHKE?PIKIR BAIK-BAIK SEBELUM TERLAMBAT.

  47. N Says:

    MMMMMMM

  48. siti noraini Says:

    salam….
    sy tidak mahu memberi komen hanya sekadar ingin bertanya bagaimana ingin mendapatkan peluang kerjaya di WPI kerana saya sangat berminat untuk mendapatkan peluang kerjaya di sana.
    terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: