Disneyland akan datang ke Wilayah Pembangunan Iskandar?

disney.jpg

Terdapat beberapa artikel mengenai ura-ura yang Disneyland akan dibina di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Artikel-artikel tersebut telah menyatakan bahawa pegawai-pegawai rasmi Walt Disney telah berjumpa dengan pengarah urusan Khazanah Holding, Datuk Azman Mokhtar dan pegawai-pegawai eksekutifnya yang lain bagi membincangkan hal ini.  Awal 2007, pegawai-pegawai dari Disney juga telah dibawa melawat kawasan WPI berhampiran dengan Link Kedua.

Mereka juga diberi taklimat lengkap berkenaan pembangunan WPI serta insentif yang bakal mereka nikmati jika bersetuju datang ke WPI. Sehingga sekarang belum ada jawapan dari perbincangan tersebut. Di samping itu, pihak Khazanah juga telah berbincang dengan pihak Warner Brothers untuk mewujudkan taman tema yang mampu menarik pelabur datang ke WPI.

Beberapa persoalan yang perlu dipertimbangkan:

1. Adakah betul kemasukan Disneyland menguntungkan? Kepada siapa? Bagaimana?

2. Apakah kesan sosial kepada pembangunan Disneyland ke WPI?

3. Apakah penglibatan orang Malaysia dalam pembangunan Disneyland atau setakat menyediakan tanah untuk pembangunannya sahaja?

Sumber artikel:

Sumber 1 : The Star

Sumber 2: Blog aglocojalurgemilang

Sumber 3: Brunei Times

Tags: , ,

5 Responses to “”

  1. khairul faizi Says:

    Salam perjuangan,
    Smoga sdr akan terus dapat memberikan tumpuan yg semaksima mungkin terhadap isu WPI ini, kita perlu sama2 mendedahkan kepada rakyat terutamanya rakyat Johor tentang kesan yang bakal dirasai hasil daripada pembangunan WPI.
    RAkyat masih belum faham kerana maklumat sengaja dikaburkan daripda mereka.
    Selamat berjuang!

  2. rozaimi Says:

    Sememangnya selalu digembar gemburkan yang setiap pembangunan yang dibuat di negara ini adalah untuk menfaat dan kebaikan rakyat jelata. Namun manfaat dan kebaikan (sekiranya ada) kebiasaannya tidak dibuat secara terus (indirectly) kepada rakyat. Yang mendapat manfaat dan kebaikan secara terus ialah golongan tertentu di mana yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin. Kerajaan sepatutnya membentangkan pelan jangka panjang sesuatu projek itu dan bagaimana ia boleh mendatangkan kebaikan kepada rakyat secara terus. Mereka harus lebih telus dalam hal ini.

    It is important for the government to be transparent but it is more important for the government to be seen as transparent.

    Itulah antara sebab mengapa BN kalah teruk dalam PRU12

  3. noone Says:

    Assalamualaikum, terima kasih kerana usaha saudara. Mohon kebenaran untuk dijadikan address blog saudara sebagai signature saya di forum2 internet. Tanah kita tak boleh dijual. Apa guna keturunan saya berjuang untuk kemerdekaan jika cicitnya berkemunafikan menjual prinsip untuk kebahagiaan dunia.

  4. pian Says:

    pasti antara syarikat yg akan dapat kontrak untuk pembangunan disneyland ialah syarikat anak pak lah iaitu kamaluddin ataupun syarikat adik najib iaitu mohd nadzim yg juga suami norjuma. tak payah pakai tok nujum dah. ini namanya wilayah pembangunan ahli keluarga umno [untung masuk neraka orangnya].

  5. muhammad lukman bin zulkifly Says:

    saya begitu teruja dengan tulisan-tulisan anda semua.namun,izinkan saya meluahkan pandangan ikhlas saya.saya bukanlah pro kerajaan atau pembangkang.saya tidak mampu untuk menyusun ayat.bijak pandai ada menyebut ‘orang yang berjaya bukanlah dari kalangan bijak pandai namun mereka yang pandai mencari peluang.’ carilah peluang yang ada terhidang dalam WPI ini.peluang yang kecil mungkin mendatangkan keuntungan yang berlipat kali ganda.sekian terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: