Ini Mungkin Berlaku Kepada Kita…

Tanah dan Maruah Diri

jika-tanah-diambil.jpg
Klik sini untuk baca artikel di atas

Adakah ini akan berlaku kepada rakyat di Johor selepas tanah mereka diambil bagi tujuan WPI? Tiada siapa yang boleh berbuat apa-apa jika jadi macam ni. Isu tanah adalah amat sensitif kerana melibatkan harga diri dan maruah seseorang. Bayangkan jika kita dan keluarga dihalau keluar dari rumah yang sudah kita duduki berpuluh-puluh tahun. Kita sudah tiada harga diri. Macam apa yang berlaku di Palestin, red indian di amerika dsb. Perkara ini boleh berlaku jika kerajaan (negeri atau persekutuan) bertindak menggunakan Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 yang memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengambil mana-mana tanah bagi tujuan kebaikan rakyat ramai (subjektif utk diukur). Akta ini masih boleh dihalang jika Kerajaan Negeri tidak meluluskan kerana tanah adalah dibawah bidang kuasa eksekutif negeri sebagaimana dinyatakan di bawah Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan. Kecuali negeri diperintah oleh kerajaan yang sama dengan kerajaan persekutuan maka kecenderungan untuk kerajaan negeri meluluskan permohonan kerajaan persekutuan adalah tinggi. Dalam kes di Johor, kerajaan negeri adalah sama dengan kerajaan persekutuan (BN).

Sebab itu jika diselidiki dan diteliti sebenarnya tanah tidak bertuan yang beribu-ribu ekar di hutan yang belum diteroka boleh diserahkan kepada sesiapa sahaja atas kelulusan kerajaan negeri dengan hanya mengendorse (mengeluarkan) geran atau suratan hakmilik kepada individu atau syarikat tersebut. Ramai ADUN yang mampu memiliki tanah beribu ekar adalah melalui cara ini. Pergi ukur tanah seluas mana yang hendak dan buat pelan sendiri. Tanah bertuan diletakkan nama sendiri. Hakmiliknya dibuktikan melalui geran yang dikeluarkan.

Bagi kes di atas, tanah yang diduki tidak mempunyai hakmilik. lagi parah sebab bukti pendudukan bukan bukti hakmilik dari segi undang-undang (manusia/malaysia). Kita di Malaysia mengikut sistem penjajah (UK, Austalia dsb) yang mengamalkan sistem yang diberi nama Sistem Torrens. Sistem Torrens ini menyatakan bahawa bukti pemilikan tanah seseorang adalah berdasarkan suratan hakmilik yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Jangan seronok dulu kepada yang ada geran (sampai orang nak tengok geran pun takut nak tunjuk), sebenarnya ada 2 salinan geran asal. Satu disimpan oleh tuan tanah dan satu lagi disimpan di Pejabat Tanah/ Pejabat Tanah dan Galian.

Geran yang disimpan oleh tuan tanah tidak berguna kerana pengambilan tanah atau ubah sempadan atau pecah sempadan adalah berdasarkan geran tanah yang disimpan di pejabat tanah bukan yang disimpan oleh tuan tanah. Geran di pejabat tanah adalah yang muktamad. Itu yang terdapat kes nama dalam geran di tangan lain tetapi nama di dalam geran di pejabat tanah lain. Sesiapa sahaja boleh memohon untuk melihat geran tanah sesiapa sahaja di pejabat tanah dengan bayaran RM30. Kita boleh tengok nama pemilik, luas, berapa bahagian setiap pemilik (1/2,1/4/ atau 3/4 dsb), lokasi dan juga sesiapa yang mengkaveat (meletakan hak keatas tanah macam bank, cagran tanah, pemilik bersama dsb) ke atas tanah tersebut. Contoh mudah, kita beli rumah di taman perumahan, di dalam geran sebenarnya akan dikaveatkan nama bank dalam geran menunjukkan tanah tersebut boleh dituntuthak/dilelong oleh bank jika kita tidak boleh bayar pinjaman perumahan tersebut.

Bagusnya, pergilah setahun sekali atau bila-bila perlu terutama jika ada konflik berkaitan tanah ke pejabat tanah untuk mintak semak hakmilik (ramai yang tak tahu dan takut nak pegi pejabat tanah). Siapa empunya, apa hak anda, berapa bahagian keluasan anda punya. Ini akan menjadi rumit jika ada kematian dan dalam pembahagian harta pusaka. Boleh bergaduh sampai putus saudara. Berhati-hati hal tanah. Ia melibatkan maruah dan harga diri.

Tags: , , , ,

One Response to “Ini Mungkin Berlaku Kepada Kita…”

  1. pian Says:

    dekat johor ni kerajaan dah tak benarkan pemberian geran tanah kepada rakyat kerana tak mahu tanah itu dibayar pampasan jika diambil. jika tanah tidak berpunya mudahlah bagi kerajaan untuk menyerahkan tanah itu kepada kroninya tanpa membayar apa2. tapi rakyat yg miskin dan tinggal lama di sini yg harus mendapat hak tanah bukannya orang luar yg akan mencekik darah rakyat. rakyat sendiri dibiarkan susah dan dinafikan hak tapi masa pilihan raya ataupun masuk berita semuanya kata nak bantu orang susah tapi habuk pun tak ada. ibarat kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. kau akan tahu nasib kau umno pada pilihan raya akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: