Zionis Sudah Sampai Ke WPI?

Nampak macam semakin menjadi kenyataan tentang kelekaan pentadbir WPI menapis syarikat-syarikat yang akan melabur dalam WPI. Mungkin terlalu ghairah meraih pelaburan tanpa memikirkan kesan dan akibat. Petikan ini saya ambil dari blog YB Zul (riding MP) dan juga Harakah. Harap sama-sama fikir dan timbang-timbangkan.

Petikan dari YB Zul:Halliburton di Negara Islam Hadari

Parlimen Malaysia dikejutkan pagi ini Rabu 15 J’Awal 1429/21 Mei apabila Timbalan Menteri MITI mengesahkan bahawa Syarikat Halliburton dari US diberi keizinan untuk melabur di Wilayah Pembangunan Iskandar [WPI]. Umum mengetahui Halliburton adalah syarikat Yahudi yang telah mengaut keuntungan berbillion dollar hasil penaklukan Iraq. Malahan kontraktor keselamatan Halliburton telah dilapur membunuh rakyat Iraq dengan sewenang-wenangnya. Mereka bertindak saperti koboi yang tiada langsung berperikemanusiaan.

Jadi sangatlah mengejutkan apabila Malaysia yang mendabik dada sebagai negara Islam Hadhari boleh membenarkan pembunuh kemanusiaan saperti Halliburton melabur hasil keuntungan haram mereka di negara ini. Apakah kita rela darah rakyat Iraq dihalalkan atas nama pembangunan ekonomi. Moga rakyat Malaysia membuka mata dengan perkosaan kedaulatan negara ini oleh golongan yang rakus ini. Umum mula memperkatakan tentang penguasaan WPI oleh Singapura. Terdapat dakwaan bahawa Singapura mendapat sokongan rejim Yahudi dalam pelbagai bentuk termasuk nasihat ketenteraan. Apakah kemasukan syarikat Halliburton ini sebagai sebahagian agenda Yahudi! Moga negara kita dilindungi ALLAH.

Adios

Zulkifli Noordin

Petikan dari Harakah: Sikap kerajaan terhadap syarikat Halliburton dipersoal

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) – Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) hari ini menimbulkan persoalan adakah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri memikirkan perasaan orang Islam di negara ini, berhubung syarikat Halliburton Manufacturing and Technology (M) Sdn Bhd yang membuka kilang di Johor, sedangkan ia merupakan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Zionis, yang meluaskan penjajahan di Iraq, Palestin dan Mesir.

Beliau ketika mengemukakan soalan tambahan, di Dewan Rakyat, turut membangkitkan persoalan adakah kerajaan menerima tekanan dari Amerika Syarikat untuk membenarkan kilang syarikat itu dibuka.

“Adakah kementerian menerima tekanan dari AS atau tidak mempunyai pilihan lain dalam urusan pelaburan negara, sedangkan syarikat ini berkait dengan penjajahan Zionis di Iraq, Plstin dan Mesir?” soal beliau.

Menjawap soalan tersebut, Timbalan Menteri, Dato’ Jacob Dunggau Sagan, berkata kerajaan memang sentiasa mementingkan prinsip-prinsip yang dijalankan untuk membangunkan negara ini termasuk prinsip Islam dan etika.

Bagaimanapun katanya, kerajaan juga ingin melihat negara ini dibangunkan supaya industri yang berteknologi tinggi ini diadakan di negara ini dengan meluluskan beberapa syarikat lain dari Perancis, Norway, Ireland, dan negara-negara lain.

Dalam soalan asal, Dato’ Mukhriz Tun Mahathir (BN-Jerlun) meminta kementerian terbabit menyatakan sama ada kerajaan sedar bahawa syarikat Halliburton itu adalah pembekal senjata yang terbesar bagi tentera AS di Iraq, sekali gus melibatkan mereka dalam pembunuhan lebih 1 juta rakyat Iraq yang tidak bersalah dan bagaimana ia dibenarkan membuka kilang di Johor.

Jacob, dalam jawapannya berkata adalah menjadi dasar kerajaan untuk menarik dan menggalakkan pelaburan, termasuk pelaburan asing dalam industri-industri yang terpilih dan berteknologi tinggi.

Beliau juga berkata keputusan kerajaan untuk membenarkan syarikat terbabit membuka kilang di Johor merupakan satu keputusan yang dibuat berasaskan faedah terkumpul yang boleh diperolehi dari pelaburan tersebt.

“Kementerian juga telah dimaklumkan bahawa Halliburton sudah tidak terlibat lagi dengan apa-apa perkhidmatan dan peralatan yang dikaitkan dengan ketenteraan sejak awal 2007, iaitu sebelum kelulusan lesen pengilang diberikan,” jelas Jacob lagi. – mns

Persoalannya:

Jika syarikat ini sudah bertapak di Malaysia dan berkawan pulak dengan Singapore macamana kesan kepada keselamatan negara?

Adakah boleh untuk kita menghalau diorang ni bila dah duduk kat situ?

One Response to “Zionis Sudah Sampai Ke WPI?”

  1. jebat Says:

    jika johor diserang atau dimiliki singapuara dan amerika, orang yg hanya akan selamat ialah pemimpin2 umno serta anwar ibrahin dan keluarganya kerana kedua duanya ialah agen amerika dan singapura. mereka pastinya dah kaya, boleh lari ke negara lain dan pastinya dilepaskan oleh kedua dua negara terbabit. yg sengsara pastinya rakyat biasa yg akan diseksa,disuruh jadi buruh paksa,kerja tanpa gaji, tanah dan rumah kita dirampas, orang melayu ditindas,hilang sumber ekonomi,dijajah dan dihalau. adakah kita patut menerima anwar ibrahim dan umno menjadi pemerintah? sudah masanya kita menolak dan menghapuskan mereka sebelum kita dihapuskan oleh agen mereka iaitu singapura dan amerika syarikat. bangkitlah bangsaku daripada ditipu bulat2 dgn kata2 dan pilihlah pemimpin yg benar2 tidak bersekongkol dgn negara barat dan yahudi serta memperjuangkan islam dan melayu. hidup orang melayu!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: