WPI: Johor akan jadi “Singapore occupied territory” ala Israel

Artikel ini adalah ulasan dari Tarabulsi_2008 di dalam Tranungkite online berkaitan kedudukan WPI dan kaitannya dengan Singapura.

Saya merujuk kepada artikel “Wilayah Pembangunan Iskandar = Wilayah Pembangunan Singapura” oleh abeemonster yang diterbitkan oleh TKO pada 21 May 2008 dan juga artikel “Zionis Sudah Sampai Ke WPI” oleh orangjohorlama yang diterbitkan pada 22 May 2008.

Saya ingin pula menambah sedikit mengenai ancaman kerjasama dua hala dengan Singapura dalam membangunkan WPI terhadap keselamatan dan kemerdekaan negeri Johor.  Berdasarkan ‘Singapore’s defence blueprint’ (kertaskerja pertahanan) yang digubal oleh kerajaan Singapura pada awal tahun 1970an dan dikemaskinikan dari masa kesemasa, Johor itu dianggap penting sekali bagi ekonomi dan pertahanan Singapura. Kalau kita kaji kertaskerja pertahanan Singapura (defence bluprint) tersebut, maka kita akan faham makna yang tersirat apabila mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir telah menyatakan bahawa kerajaan Abdullah Badawi mahu menjual negara kita kepada Singapura.

Johor perlu dijadikan ‘hinterland’ ekonomi dan ketenteraan bagi Singapura samada secara aman melalui penjajahan ekonomi atau pun secara penaklukkan ketenteraan, iaitu Johor ditakluki dan dijadikan ‘occupied territory’ sama seperti Israel menakluki dan menjajah ‘occupied territories’ di negara-negara Arab.

Dari mana saya dapat maklumat tentang kertaskerja pertahanan Singapura ini. Bukankah ini rahsia besar kerajaan Singapura. Adakah saya hendak ada-adakan sesuatu yang tak wujud?

Lebih kurang 20 tahun dahulu saya telah menghadiri suatu kursus, dan turut menghadhiri kursus tersebut adalah beberapa pegawai-pegawai kerajaan dan pegawai-pegawai tentera Australia. Mereka lah yang memberi saya lihat ‘Singapore’s blue print of defence’ tersebut, bukan keseluruhannya, hanya cebisan-cebisan yang berkaitan dengan dasar pertahanan Singapura terhadap Malaysia.

Mereka enggan memberi saya salinan dokumen tersebut. Bila dilaporkan kepada pihak tertentu di tanah air, saya diberitahu bahawa kerajaan kita sudah sedia maklum akan perkara tersebut. Maknanya kerajaan Abdullah Badawi pun mengetahuinya, tetapi mungkin kerana hendak kayakan keluarga dan kuncu-kuncu, soal keselamatan dan pertahanan negara diketepikan.

Seperti yang telah disebutkan di atas, Johor itu dianggap penting dan hendak dijadikan ‘hinterland dari segi ekonomi dan ketenteraan bagi Singapura.

Satu dari penekanan dasar pertahanan Singapura itu adalah menanam modal yang banyak dalam pembangunan Johor. Jika berlaku rusuhan kaum atau kacau bilau di semenanjung maka tentera Singapura akan ambil kesempatan untuk menyerang dan menakluki Johor atas alasan mahu menyelamatkan serta mempertahankan kepentingan pelaburannya yang banyak di bumi Johor itu.

Setelah menaklukki Johor Singapura akan memileh antara bebrapa opsyen untuk tindakan selanjutnya. Opsyen yang pertama adalah setuju undurkan tentera Singapura dari Johor dengan syarat kerajaan Malaysia memberi pelbagai keistimewaan kepada kaum Cina dan India. (DAP sebagai cebisan PAP boleh diperalatkan untuk membakar isu-isu yang boleh membawa kepada tercetusnya rusuhan di Malaysia)

Satu lagi opsyen adalah tentera Singapura akan terus menetap di Johor dan Johor menjadi ‘occupied territory’ yang sama kaedahnya dengan ‘Israeli occupied territories’ di negara-negara Arab.

Dalam perhitungan Singapura, tindakan mereka menakluki Johor itu tidak akan dibantah oleh Amerika Syarikat dan negara-negara Barat. Malah Amerika dan Barat akan anggap penjajahan Singapura ke atas Johor itu sebagai sesuatu yang akan menjamin kemerdekaan Singapura. Sama kaedahnya dengan ‘occupied territories’ di negara-negara Arab.

Cukuplah sedikit sebanyak maklumat untuk kita semua sedar akan betapa merbahayanya kerjasama antara kerajaan Malaysia dan Singapura dalam projek Wilayah Pembangunan Iskandar. Saya diberitahu bahawa kerjasama ini sudah pun berjalan lancar. Singapura, Barat serta Yahudi akan banyak nanti melabor di Johor. Di samping meraih keuntungan, mereka ingin ‘prepare the grounds’ untuk Singapura di masa yang akan datang menyerang dan menakluki Johor atas nama memperlindungkan kepentingan-kepentingan pelaburan Singapura dan Barat di negeri kuda kepang itu.

Tarabulsi

Baca di sini
Persoalannya:

Semakin jelas kedudukan WPI yang strategik bagi singapura untuk mengembangkan wilayah mereka. Apakah kerajaan Malaysia terdesak nak membangun sehingga tanah air pun nak digadainya? banyak lagi tempat lain di semenanjung boleh dimajukan. Bagaimana jika berlaku konflik dirantau ASEAN dan US pun datang duduk buat penempatan atas tiket memerangi keganasan? segalanya boleh berlaku…

One Response to “WPI: Johor akan jadi “Singapore occupied territory” ala Israel”

  1. melayu_23 thn Says:

    saya amat keciwa dengan keadaan ini dan terpikir pulak saya bahawa semasa perancangan projek WPI. Kenapa aspek tenteraan tidak dititikberatkan sedangkan ketenteraan adalah sebagai satu jaminan keselamatan terhadap sesuatu pusat pentadbiran. Jika kita lihat bangunan2 sejarah peninggalan lama british dahulu. pusat pentadbiran juga terdapat tembok tinggi dan meriam2 di kawasan keliling. kenapa sesuatu tempat yang pentadbiran itu mudah untuk pihak2 luar untuk keluar masuk sedangkan banyak di singapura kita rakyat malaysia dikawal ketat oleh masyarakat yang boleh dipanggil yahudi. SAYA NAK PEMIMPIN CELIK CIKIT ISU2 INI. BUKAN UNTUK MENGUTUK TETAPI BERFIKIRLAH DEGAN PANJANG. JAGAN ASYIK BERPOLITIK UNTUK DAPAT KEDUDUKAN DAN SANJUNGAN. sy sayang Bangsa Melayu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: