Kenapa Singapura Nak Sangat Pulau Batu Putih?

Saya pun hairan kenapa Singapura nak sangat Bulau Batu Putih ni. Sejak berlaku perebutan dengan Malaysia ni saya pun nak tau juga kat mana letaknya pulau ni yang katanya seluas 2 padang bola. Takkan la sebab Singapura nak pegi buat padang bola kat situ. Bila cari-cari rupanya kat situ letaknya Pulau Batu Putih ni. Sepintas lalu tengok kita dah tau memang strategik lokasi pulau ni dari segi perdagangan dan juga ketenteraan.

Yang hairan bin ajaibnya, pulau ni duduk dekat sangat dengan Malaysia. Ukur jarak ke Singapura lagi 2 kali ganda lagi dari Malaysia. Rasanya kalau naik sampan kayuh pun boleh sampai. Kalau Dato Malik Mydin berenang pegi balik pun takde masalah. Tapi macamana Singapura boleh dapat pulak tu? Fakta sejarah tak boleh membuktikan ke? atau penghujah-penghujah Malaysia kurang meyakinkan ke? atau ada campurtangan kuasa ghaib lain dalam perbicaraan? tiada siapa yang tahu. Hanya Allah yang mengetahui.

(Gambar Pulau Batu Putih dalam Utusan Malaysia)

Cuma kekesalan yang terpahat dihati ni, kita tidak pernah tahu yang lokasi pulau batu putih ni sebegitu. Ini aje sumber maklumat yang saya boleh dapat. Jika salah, salah la saya. Tetapi sepatutnya kerajaan memaklumkan kepada ramai tentang lokasi pulau ni. yang dipaparkan hanya gambar rumah api yang kita semua tahu rupanya. Mungkin tidak mahu menimbulkan kemarahan rakyat ramai. Tetapi dunia semakin canggih. Lambat laun rakyat akan tahu juga. Dan kesannya lebih mendalam. Harapannya, selepas ni pihak bertanggungjawab perlu buat kerja cari balik mana-mana pulau ke sempadan ke dan jaga elok-elok dari sekarang supaya tahun 2050 nanti takde pulak la pulau ke tanah air kita akan diserahkan kepada orang lain pulak.

(Lokasi middle rocks-sumber: kerenahdunia.blogspot.com)

Jangan nanti di masa akan datang tiba-tiba Singapura tuntut kata Johor atau Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) ni diorang punya sudah la. Alasan penghakiman mereka ialah semua tanah ini telah dibeli dengan hakmilik kekal semuanya. Oleh itu, mahkamah membuat kesimpulan menyerahkan Johor Bahru dan kawasan sekitarnya kepada Singapura. termasuklah Istana Sultan Johor kat tepi laut tu. Semua orang Johor Bahru diminta pindah ke tempat atau negeri lain sebab kerajaan Singapura nak buat rumah flat untuk rakyat dia. Harap-harap sultan dan bakal-bakal sultan pun baca tulisan saya ni. Kepada sesiapa yang ada email sultan johor atau Tengku Mahkota Johor (TMJ) tolong forwardkan artikel ni supaya Tuanku buat kerja sikit. Jangan asyik naik motor dengan main kuda aje.

Harap Tuanku ni pegi tanya YB-YB Johor dan menteri-menteri ni diorang buat kerja ke tak. Isu tanah ini adalah isu maruah dan kedaulatan negara. Kat Palestin sana tu orang pertahan negara dengan nyawa takkan kat Malaysia ni kita nak buat amal jariah dengan serah macam tu aje.

12 Responses to “Kenapa Singapura Nak Sangat Pulau Batu Putih?”

  1. Fahizal Says:

    Orang Melayu ni kan bersifat pemurah, selagi apa yang ada nak diserahkan kat orang, lastly maruah tergadai. Itulah sikap melayu Dulu, Kini dan Selamanya……

    Insaflah wahai pemimpin-pemimpin Kerajaan, bukalah mata dan jiwa demi Bangsa Melayu dan Negara Tercinta.

  2. Zainim Says:

    selagi Orang Melayu Johor tak emncari ilmi selagi itu dipesongkan oleh UMNO untuk kepentingan individu

  3. nedi Says:

    itulah org melayu…skg pulau tu dh jtuh kt tgn singapore..bile2 ms jek bleh amik johor plak….bhya ni…singapore pun ala2 israel gak,skutu la kate kn…selamatkan Malaysia…..sme2la kite berdoa..

  4. jibaok Says:

    senang nak skodeng malaysia

  5. jibaok Says:

    kata sultan ada kuasa, tanah org ambil pun siultan wat dono jer, sultan wat apa?

  6. ABDUL HALIM Says:

    erm..
    ade ‘udang di sebalik pulau’ mengapa kita kalah nie..
    xleh caye kt media 100%..
    mesti ade sesuatu yg trjadi nie..

  7. palaladoh Says:

    PAKlah dan kuncu2nya telah sampai ke penghunjung. Berilah laluan ini kepada mereka yang dapat memimpin dan diterima oleh seluruh rakyat Malaysia. Pada era Paklah macam2 isu telah berlaku – harga barang naik, tol naik, barang2 asas susah diperolehi, melayu dipelekeh, kedaulatan raja raja dihina, negara dihina oleh negara jiran, kedaulatan negara tergadai dll. Mengapa ini berlaku? Kerana pemimpinnya yg lemah, kerana pentingkan suku sakat, tidak mempunyai wawasan yang tidak menguntungkan rakyat dll. Diharap Wilayah Iskandar jgn tergadai lagi. Jika ini berlaku Paklah & Musang Hitam orang yang bertanggung jawap terhadap perkara ini. Kamu akan dikutuk oleh anak cucu rakyat Malaysia. Sepertimana berlakunya pulau batu putih. Kita rakyat Malaysia berputih mata.

  8. mamat Says:

    Pulau Batu putih ini.adalah maruah kita…sedangkan lahirnya negara ala israel ini adalah dari rahim kita..
    saya bimbang bagaimana anakcucu kita menghadapi kehidupan mereka dimasa hadapan, sedangkan contoh yg paling baik diambil iktibar adalah negara Plastin yg Israel dilahirkan dari rahimnya…
    mengapakah cuainya pemimpin yang kita beri amanah kepadanya?
    kepada Allah saja saya minta pertolongan.

  9. pian Says:

    umno ni kurang ajar kerana menghasut pihak istana dan sultan berhubung isu pemilikan tanah di johor. harap pihak istana prihatin dengan perkara ini, percaya kepada rakyat bukannya umno. yg harus dipertahankan ialah hak rakyat dan kepentingan orang melayu bukannya kepentingan umno. sultan perlu melindungi orang melayu bukan umno.

  10. ron wresley Says:

    ntahla, aku pon xphm ngan pulau btu putih ni. klaw letak babi wat ternak kat stu pn mesti mati. pehal la sngapore nak sgt pulau tuh. dah SANGAP sgt kot. krajaan pn stu, xpyh la tkot ngan negara yg ala2 republik israel tuh,.. xkn la kita pn nant jd mcm palestin kot.
    mengong…..!!

  11. Sheikh Says:

    kita sbenarnya rakyat x perlu leka dengan arus permodenan. walaupun kita brada di tempat atau kedudukan yang membanggakan. Jaga asyik memikirkan harta..harta…harta… senang…senang…senang…. dlm islam sndiri tulis bahawa orang kafir berniat tidak baik terhadap orang islam. Dimana ada islam, disitu dia akan menindas. walaupun Kita dilahirkan sebagai seorang islam. tidak semestinya kita selamat. Sebagai seorang pemimpin adalah sukar untuk buat keputusan. adalah satu tanggungawab WAJIB bahawa seorang yang diberi sokongan rakyat dan tanggungjawab JIKA PERLU MEMUTUSKANAN SESUATU KEPUTUSAN. HENDAKLAH KEPUTUSAN YANG DILAKUKAN MENJURUS KEPADA PEGANG KITA AL-QURAN DAN HADIS. x ade pegangan dalam diri. berginilah jadinya sekarang masyarakat islam kita khusus di Malaysia. HILANG TANPA ARAH TUJU….

  12. melayu_23 thn Says:

    Melayu sbenarnya kaum yang Pintar dan Bijaksana. Melayu dahulunya SEORANG PEWIRA dan PEDAGANG yang mashur di TIMUR dan BARAT. Melayu disegani di merata dunia. Melayu bersatu boleh mengegarkan dunia. Jika seorang melayu dapat atasi sifat M…. Nescaya tiada sapa yang mampu berada berkedudukan dan di atas aras melayu duduk. dengar mesej ini wahai kaum melayu. bersatu la kamu, buangkanlah sikap ego, pentingkan diri. Bertegur sapalah antara melayu, berbuat baik la bangsa melayu, bantulah kaum melayu yang memerlukan. Janganlah kamu leka dengan kemewahan, tpgaruh dengan ciptaan barat yang banyak melalaikan. buang yang keruh, ambil yang jernih..

Leave a comment