WPI Sedang Rancak Sebenarnya, Tapi Ramai Yang Tidak Tahu

June 12, 2008

Dikala rakyat tengah membara jiwa raga sebab minyak naik harga, ada pihak yang bergembira kerana isu WPI sudah dilupakan. Mungkin tauke-tauke besar (bukan org cina shj, termasuklah tauke melayu dll) ini bertepuk tangan kerana mereka boleh buat pembangunan tanpa risau. Pihak-pihak ni boleh terus buat kerja mereka tanpa tekanan dari pihak kerajaan atau rakyat jelata. Kerja-kerja meratakan tanah, membeli, menjual dan memasarkan harta tanah di WPI semakin rancak.

Saya terjumpa satu blog (malaysiapropertyonline.blogspot.com) yang menceritakan kerancakan pemaju-pemaju membina hotel, kondominium tepi pantai, pusat membeli belah, waterfront project dan sebagainya di WPI. Semua ni berlaku dalam masa terdekat ini sahaja bermula awal tahun 2008 sehingga sekarang. Dibawah ni adalah antara topik yang berkaitan dengan kerancakan pembangunan WPI ni:

5 Mac 2008

UEM Land Targets Foreign Property Buyers – NUSAJAYA: UEM Land Sdn Bhd is eyeing international buyers for its high-end residential properties in Nusajaya city within the Iskandar Development Region (IDR). Managing director Wan Abdullah Wan Ibrahim said apart from Singaporeans and expatriates based in the republic, it was also targeting European and Middle Eastern buyers.

10 Mac 2008

Profitable Plots Ready to Shop Again in Iskandar – PROFITABLE Plots, the land investment division of the UK’s Profitable Group, may buy more properties in the Iskandar Development Region (Iskandar) in Johor to ride on rising prices. The company recently sold RM20 million worth of properties by UEM Group, the Ledang Heights development in Nusa Dua, to a pool of investors from Singapore.

More Development for IDR – The projects by Kota Selat Tebrau Sdn Bhd (KST), Best Reality Point Sdn Bhd and Tune Hotels Sdn Bhd are all coming up in Danga Bay, which is within a 25km stretch of the IDR waterfront.

KST will develop the IDR’s first high-end serviced condominium called Oakwood Residence Johor (ORJ). ORJ, a joint venture with Singaporebased Oakwood Asia Pacific Pte Ltd, will occupy a 22-storey tower block offering 235 fullyserviced units. Also to be built are a podium and two 40-storey towers, which will be converted into serviced residences.

“We are excited about the IDR as a business proposition. I want to commend the Prime Minister for his vision and foresight in opening this growth corridor in Johor,” said company director Mok Tai Dwan.

10 April 2008

Big Show by Johor Builders at Singapore Expo – The Cityscape Asia 2008 held at the Suntec City convention centre in Singapore saw the “big boys” in Johor making their presence felt at the international property investment and development exhibition from April 15 to 17.

Lakehill development resort

12 April 2008

Khazanah Seeks more Investors for Iskandar – Khazanah Nasional Bhd wants to attract more investors from China, India, Indonesia and Singapore to Iskandar Malaysia. Managing director Datuk Azman Mokhtar said currently, Middle Eastern investors made up the majority of investments in Iskandar, formerly known as the Iskandar Development Region (IDR). “Everybody is welcome to invest here regardless of where they come from and we’ll always treat investors with the utmost respect,” Azman told StarBiz after attending the fourth Iskandar Regional Development Authority (IRDA) meeting chaired by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yesterday.

Dato Azman Mokhtar

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Johor. Saya tak pasti ingin bergembira atau bersedih atas perkara ini. Kita tidak mampu menghalang dari WPI terus berkembang maju. Siapalah kita untuk halang? Tapi dalam masa yg sama pembangunan juga menguntungkan rakyat jika dilihat dari segi pembangunan fizikal.

Cuma jika dilihat dari jenis pembangunan yang dibuat amat sukar untuk rakyat jelata ni terlibat sekali. Mungkin ada yang bekerja sebagai buruh binaan atau tukang cuci bangunan selepas ini. Bumi kita bukan lagi hak kita. Adakah ini erti pasaran terbuka? Adakah kita hanya boleh berserah kepada nasib saja? Bagaimana rupa bumi Johor lagi 10 tahun? saya tak boleh nak jawab. Hanya Tuhan yang mengetahui.

Bagaimanakah nasib anak cucuku nanti……..

WPI lebih membimbangkan dari Batu Puteh

May 26, 2008

Abdul Halim Mohd Rashid
Mon | May 26, 08 | 10:26:48 pm MYT

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Harakah): Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) lebih membimbangkan dari Pulau Batu Puteh, kata Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas).

Ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini, beliau bimbang, WPI juga akhirnya akan menjadi seperti Pulau Batu Puteh jika satu hari nanti di bawa kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) apabila kawasan itu jatuh ke tangan asing.

Di WPI, katanya, semua pihak boleh membeli tanah tanpa halangan.

“Kawasan di WPI termasuk kawasan orang Melayu, tanah orang-orang Melayu,” kata Ibrahim yang menjangka kawasan tersebut akhirnya akan menjadi milik asing.

Mengenai Pulau Batu Puteh, beliau berkata, Malaysia seolah-olah mengaku pulau itu bukan miliknya apabila membawa perkara itu ke ICJ sedangkan “kita tahu dah Batu Puteh milik kita”.

Beliau juga melahirkan kebimbangan terhadap loji air Singapura di Gunung Pulai, Johor yang tidak boleh dimasuki oleh pihak keselamatan Malaysia.

Loji itu, katanya, boleh digunakan untuk mensabotaj Malaysia kerana jika loji itu dipecahkan, ia boleh menenggelamkan kawasan yang besar di Johor.

Paparan Semula Senarai Harga Rumah Flat di Singapura

(Sumber:Housing Development Board,Singapore):

Median Resale Prices by Town and Flat Type

Hide details for 1st Quarter 20081st Quarter 2008

Median Resale Prices by Town and Flat Type for Resale Cases Registered in 1st Quarter 2008

The statistics below provide the median prices for resale transactions of a particular flat type in a given town based on resale cases registered in the quarter. The median price (at 50th percentile) tells you that half of the flats transacted during the quarter were sold above the median price and half were sold below the median price. The median resale prices are inclusive of COV for transactions where resale prices are above market valuations.

TOWN

3-ROOM

4-ROOM

5-ROOM

EXECUTIVE

ANG MO KIO

$215,000

$313,500

$435,500

$610,000*

BEDOK

$202,000

$271,500

$423,000

$478,000*

BISHAN

$246,500*

$373,000

$500,000

$570,400*

BUKIT BATOK

$198,000

$331,000

$450,000

$468,000*

BUKIT MERAH

$243,000

$432,800

$560,000

BUKIT PANJANG

$185,000*

$252,000

$330,000

$396,500*

BUKIT TIMAH

$420,000*

$524,000*

$678,500*

CENTRAL

$300,000

$378,000*

$560,000*

CHOA CHU KANG

$182,500*

$273,000

$328,000

$414,000

CLEMENTI

$225,000

$351,500

$490,000

$628,000*

GEYLANG

$187,500

$322,500

$408,500*

$500,000*

HOUGANG

$200,000

$276,000

$365,000

$434,000

JURONG EAST

$198,800

$280,000

$356,500

$510,100*

JURONG WEST

$175,000

$258,000

$330,000

$362,500

KALLANG/WHAMPOA

$224,000

$360,000

$500,000

$500,000*

MARINE PARADE

$288,500

$384,000*

$583,000*

PASIR RIS

$161,500*

$293,000

$345,000

$470,000

PUNGGOL

$305,000

$365,000

$428,000*

QUEENSTOWN

$230,000

$465,000

$620,000

$808,000*

SEMBAWANG

$272,000

$325,500

$393,500*

SENGKANG

$298,000

$345,000

$429,000

SERANGOON

$201,000

$299,000

$390,000

$450,000*

TAMPINES

$228,000

$307,500

$380,000

$466,500

TOA PAYOH

$225,000

$360,000

$519,300

$527,500*

WOODLANDS

$172,000

$254,500

$311,500

$395,500

YISHUN

$185,000

$230,000

$311,000

$376,000*

OVERALL

$207,800

$285,000

$355,000

$432,500

Kadar Tukaran pada 27/05/2008 (1 Singapore Dollar = 2.37175 Malaysian Ringgit)

Contohnya, rumah 3 bilik berharga SGD200,000 ialah bersamaan dengan RM474,300. Jika di JB boleh dapat sebuah rumah banglo dengan nilai sebegini. Bagaimana dengan nilai SGD500,000 (RM1,185,000)?

Kenapa Singapura Nak Sangat Pulau Batu Putih?

May 24, 2008

Saya pun hairan kenapa Singapura nak sangat Bulau Batu Putih ni. Sejak berlaku perebutan dengan Malaysia ni saya pun nak tau juga kat mana letaknya pulau ni yang katanya seluas 2 padang bola. Takkan la sebab Singapura nak pegi buat padang bola kat situ. Bila cari-cari rupanya kat situ letaknya Pulau Batu Putih ni. Sepintas lalu tengok kita dah tau memang strategik lokasi pulau ni dari segi perdagangan dan juga ketenteraan.

Yang hairan bin ajaibnya, pulau ni duduk dekat sangat dengan Malaysia. Ukur jarak ke Singapura lagi 2 kali ganda lagi dari Malaysia. Rasanya kalau naik sampan kayuh pun boleh sampai. Kalau Dato Malik Mydin berenang pegi balik pun takde masalah. Tapi macamana Singapura boleh dapat pulak tu? Fakta sejarah tak boleh membuktikan ke? atau penghujah-penghujah Malaysia kurang meyakinkan ke? atau ada campurtangan kuasa ghaib lain dalam perbicaraan? tiada siapa yang tahu. Hanya Allah yang mengetahui.

(Gambar Pulau Batu Putih dalam Utusan Malaysia)

Cuma kekesalan yang terpahat dihati ni, kita tidak pernah tahu yang lokasi pulau batu putih ni sebegitu. Ini aje sumber maklumat yang saya boleh dapat. Jika salah, salah la saya. Tetapi sepatutnya kerajaan memaklumkan kepada ramai tentang lokasi pulau ni. yang dipaparkan hanya gambar rumah api yang kita semua tahu rupanya. Mungkin tidak mahu menimbulkan kemarahan rakyat ramai. Tetapi dunia semakin canggih. Lambat laun rakyat akan tahu juga. Dan kesannya lebih mendalam. Harapannya, selepas ni pihak bertanggungjawab perlu buat kerja cari balik mana-mana pulau ke sempadan ke dan jaga elok-elok dari sekarang supaya tahun 2050 nanti takde pulak la pulau ke tanah air kita akan diserahkan kepada orang lain pulak.

(Lokasi middle rocks-sumber: kerenahdunia.blogspot.com)

Jangan nanti di masa akan datang tiba-tiba Singapura tuntut kata Johor atau Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) ni diorang punya sudah la. Alasan penghakiman mereka ialah semua tanah ini telah dibeli dengan hakmilik kekal semuanya. Oleh itu, mahkamah membuat kesimpulan menyerahkan Johor Bahru dan kawasan sekitarnya kepada Singapura. termasuklah Istana Sultan Johor kat tepi laut tu. Semua orang Johor Bahru diminta pindah ke tempat atau negeri lain sebab kerajaan Singapura nak buat rumah flat untuk rakyat dia. Harap-harap sultan dan bakal-bakal sultan pun baca tulisan saya ni. Kepada sesiapa yang ada email sultan johor atau Tengku Mahkota Johor (TMJ) tolong forwardkan artikel ni supaya Tuanku buat kerja sikit. Jangan asyik naik motor dengan main kuda aje.

Harap Tuanku ni pegi tanya YB-YB Johor dan menteri-menteri ni diorang buat kerja ke tak. Isu tanah ini adalah isu maruah dan kedaulatan negara. Kat Palestin sana tu orang pertahan negara dengan nyawa takkan kat Malaysia ni kita nak buat amal jariah dengan serah macam tu aje.

WPI: Johor akan jadi “Singapore occupied territory” ala Israel

May 22, 2008

Artikel ini adalah ulasan dari Tarabulsi_2008 di dalam Tranungkite online berkaitan kedudukan WPI dan kaitannya dengan Singapura.

Saya merujuk kepada artikel “Wilayah Pembangunan Iskandar = Wilayah Pembangunan Singapura” oleh abeemonster yang diterbitkan oleh TKO pada 21 May 2008 dan juga artikel “Zionis Sudah Sampai Ke WPI” oleh orangjohorlama yang diterbitkan pada 22 May 2008.

Saya ingin pula menambah sedikit mengenai ancaman kerjasama dua hala dengan Singapura dalam membangunkan WPI terhadap keselamatan dan kemerdekaan negeri Johor.  Berdasarkan ‘Singapore’s defence blueprint’ (kertaskerja pertahanan) yang digubal oleh kerajaan Singapura pada awal tahun 1970an dan dikemaskinikan dari masa kesemasa, Johor itu dianggap penting sekali bagi ekonomi dan pertahanan Singapura. Kalau kita kaji kertaskerja pertahanan Singapura (defence bluprint) tersebut, maka kita akan faham makna yang tersirat apabila mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir telah menyatakan bahawa kerajaan Abdullah Badawi mahu menjual negara kita kepada Singapura.

Johor perlu dijadikan ‘hinterland’ ekonomi dan ketenteraan bagi Singapura samada secara aman melalui penjajahan ekonomi atau pun secara penaklukkan ketenteraan, iaitu Johor ditakluki dan dijadikan ‘occupied territory’ sama seperti Israel menakluki dan menjajah ‘occupied territories’ di negara-negara Arab.

Dari mana saya dapat maklumat tentang kertaskerja pertahanan Singapura ini. Bukankah ini rahsia besar kerajaan Singapura. Adakah saya hendak ada-adakan sesuatu yang tak wujud?

Lebih kurang 20 tahun dahulu saya telah menghadiri suatu kursus, dan turut menghadhiri kursus tersebut adalah beberapa pegawai-pegawai kerajaan dan pegawai-pegawai tentera Australia. Mereka lah yang memberi saya lihat ‘Singapore’s blue print of defence’ tersebut, bukan keseluruhannya, hanya cebisan-cebisan yang berkaitan dengan dasar pertahanan Singapura terhadap Malaysia.

Mereka enggan memberi saya salinan dokumen tersebut. Bila dilaporkan kepada pihak tertentu di tanah air, saya diberitahu bahawa kerajaan kita sudah sedia maklum akan perkara tersebut. Maknanya kerajaan Abdullah Badawi pun mengetahuinya, tetapi mungkin kerana hendak kayakan keluarga dan kuncu-kuncu, soal keselamatan dan pertahanan negara diketepikan.

Seperti yang telah disebutkan di atas, Johor itu dianggap penting dan hendak dijadikan ‘hinterland dari segi ekonomi dan ketenteraan bagi Singapura.

Satu dari penekanan dasar pertahanan Singapura itu adalah menanam modal yang banyak dalam pembangunan Johor. Jika berlaku rusuhan kaum atau kacau bilau di semenanjung maka tentera Singapura akan ambil kesempatan untuk menyerang dan menakluki Johor atas alasan mahu menyelamatkan serta mempertahankan kepentingan pelaburannya yang banyak di bumi Johor itu.

Setelah menaklukki Johor Singapura akan memileh antara bebrapa opsyen untuk tindakan selanjutnya. Opsyen yang pertama adalah setuju undurkan tentera Singapura dari Johor dengan syarat kerajaan Malaysia memberi pelbagai keistimewaan kepada kaum Cina dan India. (DAP sebagai cebisan PAP boleh diperalatkan untuk membakar isu-isu yang boleh membawa kepada tercetusnya rusuhan di Malaysia)

Satu lagi opsyen adalah tentera Singapura akan terus menetap di Johor dan Johor menjadi ‘occupied territory’ yang sama kaedahnya dengan ‘Israeli occupied territories’ di negara-negara Arab.

Dalam perhitungan Singapura, tindakan mereka menakluki Johor itu tidak akan dibantah oleh Amerika Syarikat dan negara-negara Barat. Malah Amerika dan Barat akan anggap penjajahan Singapura ke atas Johor itu sebagai sesuatu yang akan menjamin kemerdekaan Singapura. Sama kaedahnya dengan ‘occupied territories’ di negara-negara Arab.

Cukuplah sedikit sebanyak maklumat untuk kita semua sedar akan betapa merbahayanya kerjasama antara kerajaan Malaysia dan Singapura dalam projek Wilayah Pembangunan Iskandar. Saya diberitahu bahawa kerjasama ini sudah pun berjalan lancar. Singapura, Barat serta Yahudi akan banyak nanti melabor di Johor. Di samping meraih keuntungan, mereka ingin ‘prepare the grounds’ untuk Singapura di masa yang akan datang menyerang dan menakluki Johor atas nama memperlindungkan kepentingan-kepentingan pelaburan Singapura dan Barat di negeri kuda kepang itu.

Tarabulsi

Baca di sini
Persoalannya:

Semakin jelas kedudukan WPI yang strategik bagi singapura untuk mengembangkan wilayah mereka. Apakah kerajaan Malaysia terdesak nak membangun sehingga tanah air pun nak digadainya? banyak lagi tempat lain di semenanjung boleh dimajukan. Bagaimana jika berlaku konflik dirantau ASEAN dan US pun datang duduk buat penempatan atas tiket memerangi keganasan? segalanya boleh berlaku…

Zionis Sudah Sampai Ke WPI?

May 21, 2008

Nampak macam semakin menjadi kenyataan tentang kelekaan pentadbir WPI menapis syarikat-syarikat yang akan melabur dalam WPI. Mungkin terlalu ghairah meraih pelaburan tanpa memikirkan kesan dan akibat. Petikan ini saya ambil dari blog YB Zul (riding MP) dan juga Harakah. Harap sama-sama fikir dan timbang-timbangkan.

Petikan dari YB Zul:Halliburton di Negara Islam Hadari

Parlimen Malaysia dikejutkan pagi ini Rabu 15 J’Awal 1429/21 Mei apabila Timbalan Menteri MITI mengesahkan bahawa Syarikat Halliburton dari US diberi keizinan untuk melabur di Wilayah Pembangunan Iskandar [WPI]. Umum mengetahui Halliburton adalah syarikat Yahudi yang telah mengaut keuntungan berbillion dollar hasil penaklukan Iraq. Malahan kontraktor keselamatan Halliburton telah dilapur membunuh rakyat Iraq dengan sewenang-wenangnya. Mereka bertindak saperti koboi yang tiada langsung berperikemanusiaan.

Jadi sangatlah mengejutkan apabila Malaysia yang mendabik dada sebagai negara Islam Hadhari boleh membenarkan pembunuh kemanusiaan saperti Halliburton melabur hasil keuntungan haram mereka di negara ini. Apakah kita rela darah rakyat Iraq dihalalkan atas nama pembangunan ekonomi. Moga rakyat Malaysia membuka mata dengan perkosaan kedaulatan negara ini oleh golongan yang rakus ini. Umum mula memperkatakan tentang penguasaan WPI oleh Singapura. Terdapat dakwaan bahawa Singapura mendapat sokongan rejim Yahudi dalam pelbagai bentuk termasuk nasihat ketenteraan. Apakah kemasukan syarikat Halliburton ini sebagai sebahagian agenda Yahudi! Moga negara kita dilindungi ALLAH.

Adios

Zulkifli Noordin

Petikan dari Harakah: Sikap kerajaan terhadap syarikat Halliburton dipersoal

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) – Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) hari ini menimbulkan persoalan adakah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri memikirkan perasaan orang Islam di negara ini, berhubung syarikat Halliburton Manufacturing and Technology (M) Sdn Bhd yang membuka kilang di Johor, sedangkan ia merupakan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Zionis, yang meluaskan penjajahan di Iraq, Palestin dan Mesir.

Beliau ketika mengemukakan soalan tambahan, di Dewan Rakyat, turut membangkitkan persoalan adakah kerajaan menerima tekanan dari Amerika Syarikat untuk membenarkan kilang syarikat itu dibuka.

“Adakah kementerian menerima tekanan dari AS atau tidak mempunyai pilihan lain dalam urusan pelaburan negara, sedangkan syarikat ini berkait dengan penjajahan Zionis di Iraq, Plstin dan Mesir?” soal beliau.

Menjawap soalan tersebut, Timbalan Menteri, Dato’ Jacob Dunggau Sagan, berkata kerajaan memang sentiasa mementingkan prinsip-prinsip yang dijalankan untuk membangunkan negara ini termasuk prinsip Islam dan etika.

Bagaimanapun katanya, kerajaan juga ingin melihat negara ini dibangunkan supaya industri yang berteknologi tinggi ini diadakan di negara ini dengan meluluskan beberapa syarikat lain dari Perancis, Norway, Ireland, dan negara-negara lain.

Dalam soalan asal, Dato’ Mukhriz Tun Mahathir (BN-Jerlun) meminta kementerian terbabit menyatakan sama ada kerajaan sedar bahawa syarikat Halliburton itu adalah pembekal senjata yang terbesar bagi tentera AS di Iraq, sekali gus melibatkan mereka dalam pembunuhan lebih 1 juta rakyat Iraq yang tidak bersalah dan bagaimana ia dibenarkan membuka kilang di Johor.

Jacob, dalam jawapannya berkata adalah menjadi dasar kerajaan untuk menarik dan menggalakkan pelaburan, termasuk pelaburan asing dalam industri-industri yang terpilih dan berteknologi tinggi.

Beliau juga berkata keputusan kerajaan untuk membenarkan syarikat terbabit membuka kilang di Johor merupakan satu keputusan yang dibuat berasaskan faedah terkumpul yang boleh diperolehi dari pelaburan tersebt.

“Kementerian juga telah dimaklumkan bahawa Halliburton sudah tidak terlibat lagi dengan apa-apa perkhidmatan dan peralatan yang dikaitkan dengan ketenteraan sejak awal 2007, iaitu sebelum kelulusan lesen pengilang diberikan,” jelas Jacob lagi. – mns

Persoalannya:

Jika syarikat ini sudah bertapak di Malaysia dan berkawan pulak dengan Singapore macamana kesan kepada keselamatan negara?

Adakah boleh untuk kita menghalau diorang ni bila dah duduk kat situ?

Siapa yang jual tanah siapa?

May 18, 2008

Walaupun artikel ini diambil dari Harakah tak bermaksud saya menyebelahi PAS tetapi kita bersama mencari jalan penyelesaian bersama. Jika sesiapa yang melakukan perkara yang memusykilkan sila maklum kepada saya untuk hebahan kepada ramai.

Siapa yang mempunyai kuasa untuk memindahkan tanah seluas itu kepada orang lain?

Senangkah untuk memperolehi tanah walaupun seekar hari ini?

Pak Lah Tukar WPI kepada Iskandar Malaysia?

April 11, 2008

Dipetik dari khairulfaizi – http://minda-kembara.blogspot.com/

“Dengan penuh tekun, saya menanti kemunculan Pak Lah dihadapan kaca televisyen dalam Buletin Utama kerana pada sebelah siang tadi Pak Lah telah hadir ke Johor dalam lawatan beliau untuk mengembalikan sokongan pimpinan UMNO kepada beliau.

Wajahnya sangat lesu dan kata-kata Pak Lah seperti sangat berat untuk dikeluarkan daripada mulut sehinggakan Pak Lah tersasul menyebut “untuk menyelesaikan masalah problem…”.

Pak Lah terlupa agaknya masalah dan ‘problem’ tu sama sahaja. Kehadiran Pak Lah ke Johor hari ini memang mempunyai beberapa agenda yang tersirat dan tersurat. Selain daripada bertujuan untuk mengadakan pertemuan dengan pimpinan UMNO negeri Johor dan Ketua UMNO Bahagian-bahagian (berkempen secara tidak langsung untuk pemilihan parti) Pak Lah juga hadir untuk mengumumkan bahawa Wilayah Pembangunan Iskandar akan bertukar nama sekali lagi. (Tukar nama lagi???) 

Saya ingin mengulas beberapa perkara dalam kunjungan Pak Lah ke Johor khususnya Pak Lah sekarang ini sedang dilanda masalah untuk mengekalkan kedudukan sebagai Presiden UMNO tetapi ketika ini saya ingin menyebut tentang pengumumkan Pak Lah bahawa Wilayah Pembangunan Iskandar telah diubah namanya, sekali lagi.Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region) merupakan koridor pembangunan yang dilaksanakan di selatan Johor. Sebelum ini, koridor ini dikenali sebagai South Johor Economic Region (SJER) atau Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor. SJER ditubuhkan pada 30 Julai 2006 dan pada 4 November 2006 koridor ini dinamakan pula WPI bersempena nama Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

Hari ini Pak Lah mengumumkan koridor ini ditukarkan nama Iskandar Malaysia (IM).Saya tidak faham kenapa perlu koridor ini ditukar namanya sekali lagi. Adakah Pak Lah beranggapan bahawa dengan menukarkan nama WPI kepada IM akan meningkatkan pelaburan ke koridor tersebut? Saya pasti dengan penukar nama ini akan meningkat lagi kos koridor tersebut.  

Jika anda melayari laman web berikut, http://www.idr.com.my/ (laman web untuk WPI) dan http://sjer.com.my/ (laman web untuk SJER) anda akan melihat paparan yang sama kerana kedua-dua laman web ini diwujudkan untuk mempromosikan koridor ini. Adakah selepas ini satu lagi laman web akan diwujudkan lagi sempena nama baru bagi WPI?  

Paling pasti, Pak Lah menyebut bahawa penukaran nama koridor ini tidak mengubah polisi yang telah diputuskan sebelum ini. Bermakna, perkara yang berkaitan dengan pemilikan tanah, kebanjiran pekerja asing, keutamaan yang diberikan kepada pelabur asing dan pelbagai perkara yang dibentangkan sebelum ini oleh bekas ADUN Senggarang, Dr Mohd Ramli Bin Mohd Kari dalam sidang DUN Johor tidak akan berubah. 

YB Dr Mohamad Taslim (PAS – Maharani), YB Dr Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh (PAS – Sungai Abong) dan Dr Boo Cheng Hau (DAP – Skudai) serta YB pembangkang yang lain mesti memainkan peranan mereka dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan SJER atau WPI atau IM yang bakal menghantui rakyat Johor pada masa akan datang.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Taman Renggam

Jaya, Simpang Renggam
11 April 2008, 9.08 malam
http://minda-kembara.blogspot.com/

 

Ini Mungkin Berlaku Kepada Kita…

April 4, 2008

Tanah dan Maruah Diri

jika-tanah-diambil.jpg
Klik sini untuk baca artikel di atas

Adakah ini akan berlaku kepada rakyat di Johor selepas tanah mereka diambil bagi tujuan WPI? Tiada siapa yang boleh berbuat apa-apa jika jadi macam ni. Isu tanah adalah amat sensitif kerana melibatkan harga diri dan maruah seseorang. Bayangkan jika kita dan keluarga dihalau keluar dari rumah yang sudah kita duduki berpuluh-puluh tahun. Kita sudah tiada harga diri. Macam apa yang berlaku di Palestin, red indian di amerika dsb. Perkara ini boleh berlaku jika kerajaan (negeri atau persekutuan) bertindak menggunakan Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 yang memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengambil mana-mana tanah bagi tujuan kebaikan rakyat ramai (subjektif utk diukur). Akta ini masih boleh dihalang jika Kerajaan Negeri tidak meluluskan kerana tanah adalah dibawah bidang kuasa eksekutif negeri sebagaimana dinyatakan di bawah Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan. Kecuali negeri diperintah oleh kerajaan yang sama dengan kerajaan persekutuan maka kecenderungan untuk kerajaan negeri meluluskan permohonan kerajaan persekutuan adalah tinggi. Dalam kes di Johor, kerajaan negeri adalah sama dengan kerajaan persekutuan (BN).

Sebab itu jika diselidiki dan diteliti sebenarnya tanah tidak bertuan yang beribu-ribu ekar di hutan yang belum diteroka boleh diserahkan kepada sesiapa sahaja atas kelulusan kerajaan negeri dengan hanya mengendorse (mengeluarkan) geran atau suratan hakmilik kepada individu atau syarikat tersebut. Ramai ADUN yang mampu memiliki tanah beribu ekar adalah melalui cara ini. Pergi ukur tanah seluas mana yang hendak dan buat pelan sendiri. Tanah bertuan diletakkan nama sendiri. Hakmiliknya dibuktikan melalui geran yang dikeluarkan.

Bagi kes di atas, tanah yang diduki tidak mempunyai hakmilik. lagi parah sebab bukti pendudukan bukan bukti hakmilik dari segi undang-undang (manusia/malaysia). Kita di Malaysia mengikut sistem penjajah (UK, Austalia dsb) yang mengamalkan sistem yang diberi nama Sistem Torrens. Sistem Torrens ini menyatakan bahawa bukti pemilikan tanah seseorang adalah berdasarkan suratan hakmilik yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Jangan seronok dulu kepada yang ada geran (sampai orang nak tengok geran pun takut nak tunjuk), sebenarnya ada 2 salinan geran asal. Satu disimpan oleh tuan tanah dan satu lagi disimpan di Pejabat Tanah/ Pejabat Tanah dan Galian.

Geran yang disimpan oleh tuan tanah tidak berguna kerana pengambilan tanah atau ubah sempadan atau pecah sempadan adalah berdasarkan geran tanah yang disimpan di pejabat tanah bukan yang disimpan oleh tuan tanah. Geran di pejabat tanah adalah yang muktamad. Itu yang terdapat kes nama dalam geran di tangan lain tetapi nama di dalam geran di pejabat tanah lain. Sesiapa sahaja boleh memohon untuk melihat geran tanah sesiapa sahaja di pejabat tanah dengan bayaran RM30. Kita boleh tengok nama pemilik, luas, berapa bahagian setiap pemilik (1/2,1/4/ atau 3/4 dsb), lokasi dan juga sesiapa yang mengkaveat (meletakan hak keatas tanah macam bank, cagran tanah, pemilik bersama dsb) ke atas tanah tersebut. Contoh mudah, kita beli rumah di taman perumahan, di dalam geran sebenarnya akan dikaveatkan nama bank dalam geran menunjukkan tanah tersebut boleh dituntuthak/dilelong oleh bank jika kita tidak boleh bayar pinjaman perumahan tersebut.

Bagusnya, pergilah setahun sekali atau bila-bila perlu terutama jika ada konflik berkaitan tanah ke pejabat tanah untuk mintak semak hakmilik (ramai yang tak tahu dan takut nak pegi pejabat tanah). Siapa empunya, apa hak anda, berapa bahagian keluasan anda punya. Ini akan menjadi rumit jika ada kematian dan dalam pembahagian harta pusaka. Boleh bergaduh sampai putus saudara. Berhati-hati hal tanah. Ia melibatkan maruah dan harga diri.

Bank Rakyat disaran melabur di WPI

April 1, 2008

bank-rakyat.jpg

JOHOR BAHRU 29 Feb. – Bank Kerjasama Rakyat Berhad (Bank Rakyat) disaran membuat pelaburan di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) memandangkan potensi tinggi dimiliki kawasan pembangunan koridor tersebut.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau berharap bank berkenaan dapat menambah pegangan hartanah di wilayah tersebut untuk merancakkan lagi pembangunan yang dilaksanakan.

“Dengan pembangunan yang giat dijalankan di koridor-koridor pembangunan, Bank Rakyat diharap dapat menambah pegangan harta di kawasan WPI.

“Penyertaan pelbagai pihak di dalam pembangunan koridor adalah amat digalakkan kerana pelbagai peluang ekonomi yang diperluaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Bank Rakyat Cawangan Masai di Bandar Seri Alam, di sini hari ini.

Beliau yakin pembukaan cawangan terbaru Bank Rakyat di lokasi strategik itu dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggannya.

“Sambutan yang baik dan menggalakkan terhadap produk dan perkhidmatan Bank Rakyat dapat dilihat menerusi prestasinya yang cemerlang dan saya percaya ini juga merupakan faktor untuk Bank Rakyat membuka lebih banyak cawangan di Johor dan seluruh negara,” katanya.

Katanya, dengan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM828.8 juta yang dicatatkan Bank Rakyat, beliau yakin bank berkenaan mempunyai potensi besar untuk berkembang ke peringkat global.

March 29, 2008

Disneyland akan datang ke Wilayah Pembangunan Iskandar?

disney.jpg

Terdapat beberapa artikel mengenai ura-ura yang Disneyland akan dibina di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Artikel-artikel tersebut telah menyatakan bahawa pegawai-pegawai rasmi Walt Disney telah berjumpa dengan pengarah urusan Khazanah Holding, Datuk Azman Mokhtar dan pegawai-pegawai eksekutifnya yang lain bagi membincangkan hal ini.  Awal 2007, pegawai-pegawai dari Disney juga telah dibawa melawat kawasan WPI berhampiran dengan Link Kedua.

Mereka juga diberi taklimat lengkap berkenaan pembangunan WPI serta insentif yang bakal mereka nikmati jika bersetuju datang ke WPI. Sehingga sekarang belum ada jawapan dari perbincangan tersebut. Di samping itu, pihak Khazanah juga telah berbincang dengan pihak Warner Brothers untuk mewujudkan taman tema yang mampu menarik pelabur datang ke WPI.

Beberapa persoalan yang perlu dipertimbangkan:

1. Adakah betul kemasukan Disneyland menguntungkan? Kepada siapa? Bagaimana?

2. Apakah kesan sosial kepada pembangunan Disneyland ke WPI?

3. Apakah penglibatan orang Malaysia dalam pembangunan Disneyland atau setakat menyediakan tanah untuk pembangunannya sahaja?

Sumber artikel:

Sumber 1 : The Star

Sumber 2: Blog aglocojalurgemilang

Sumber 3: Brunei Times